Amalan muafakat dan aplikasi takharuj dalam pengagihan pusaka menurut perspektif undang-undang pusaka Islam

Md Yazid Ahmad, (2017) Amalan muafakat dan aplikasi takharuj dalam pengagihan pusaka menurut perspektif undang-undang pusaka Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (1). pp. 21-28. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
342kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1030

Abstract

Kaedah pengagihan pusaka yang lengkap telah disediakan oleh Islam menerusi faraid. Namun terdapat kaedah selain faraid sebagai mekanisme sokongan atau pilihan bagi mencapai keadilan dalam pengagihan pusaka untuk waris yang dikenali sebagai takharuj dalam undang-undang pusaka Islam. Di Malaysia, amalan ‘muafakat’ yang dikatakan hampir sama dengan takharuj juga diterima pakai selain kaedah pembahagian faraid yang memainkan peranan utama dalam pembahagian pusaka. Justeru, artikel ini bertujuan untuk meneliti secara perbandingan amalan muafakat yang diwarisi secara turun temurun dalam masyarakat Melayu yang dipraktikkan di Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dengan aplikasi takharuj dalam undang-undang pusaka Islam yang diguna pakai semasa proses perdamaian dalam pembahagian pusaka. Kajian secara kualitatif digunakan dengan mengambil pendekatan analisis kandungan dan kajian tinjauan. Setelah diperhalusi, hasil perbincangan mendapati sememangnya wujud perbezaan yang tidak ketara antara kedua-dua konsep tersebut dari sudut komentar definisi istilah, sumber asas, kerangka asas pengaplikasian dan praktis pemberitahuan maklumat kadar hak waris sebelum pelaksanaan muafakat mahupun takharuj.

Item Type:Article
Keywords:Pengagihan; Faraid; Muafakat; Takharuj; Masyarakat Melayu
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:11923
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2018 01:50
Last Modified:22 Jul 2018 02:26

Repository Staff Only: item control page