Masalah dan kaedah penyelesaian pewarisan harta pusaka mualaf di Malaysia

Nurul ‘Izzah Baharudin, and Noor Lizza Mohamed Said, (2017) Masalah dan kaedah penyelesaian pewarisan harta pusaka mualaf di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (1). pp. 47-56. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
376kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1030

Abstract

Artikel ini membincangkan perihal masalah yang berlaku dalam pewarisan harta pusaka mualaf di Malaysia. Terdapat banyak kes yang menjadi pertikaian, terutama yang melibatkan harta perwarisan mualaf kesan daripada pemelukan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti kaedah penyelesaian masalah harta pusaka mualaf di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menerusi reka bentuk analisis kandungan. Data-data dikumpul menggunakan kaedah kajian kes dan dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan tematik. Dapatan kajian mendapati beberapa faktor utama dalam konflik perundangan telah memberi kesan kepada mualaf dan waris-warisnya, terutama melibatkan harta pusaka. Antaranya ialah seperti petisyen pembubaran perkahwinan terdahulu, tuntutan harta dari waris bukan beragama Islam dan kelangsungan nafkah keluarga bekas suami isteri. Kajian ini merumuskan bahawa faktor-faktor ini telah memberi kesan yang amat besar, terutama terhadap hak-hak waris dalam pewarisan harta pusaka. Seterusnya, kesan ini memerlukan penyelesaian segera dengan perancangan pengurusan harta melalui instrumen hibah sebagai kaedah penyelesaian masalah pewarisan harta pusaka mualaf di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Harta pusaka; Mualaf; Konflik perundangan; Hibah
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:11926
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2018 03:42
Last Modified:22 Jul 2018 02:32

Repository Staff Only: item control page