Persepsi masyarakat terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling spiritual

Suhaya Deraman, and Salasiah Hanin Hamjah, and Ahmad Irdha Mokhtar, and Mohamad Izzat Emir Ghazali, (2017) Persepsi masyarakat terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling spiritual. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (1). pp. 57-65. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
390kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1030

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi masyarakat terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling spiritual dalam kalangan masyarakat di Daerah Alor Gajah, Melaka. Aspek spiritual dalam kaunseling merupakan perkara penting yang perlu diperkasakan dalam perkhidmatan kaunseling kerana banyak permasalahan dalam kehidupan dikenal pasti berpunca daripada masalah spiritual yang tidak diurus dengan baik. Kebanyakan daripada perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan di Malaysia menggunakan pendekatan kaunseling berteraskan teori Barat yang kurang memberi penekanan kepada elemen spiritual dalam sesi kaunseling yang dijalankan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menganalisis persepsi masyarakat terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling spiritual dalam masyarakat. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi ini dijalankan ke atas 100 orang responden menggunakan borang soal selidik Client Attitudes Towards Spirituality in Therapy (CAST). Ujian kebolehpercayaan yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis Alpha Cronbach dan bacaan untuk Religious Discussion ialah 0.79, manakala untuk perbincangan spiritual pula ialah 0.83 yang menunjukkan ketekalan dalaman adalah boleh diterima untuk kedua-dua ukuran. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) yang menggunakan analisis Ujian-t dan ANOVA Sehala. Ujian Post Hoc dijalankan untuk menguji perbezaan yang ketara dalam pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan terdapat keperluan yang tinggi terhadap perkhidmatan kaunseling spiritual dalam kalangan responden. Kajian turut mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan dengan persepsi masyarakat terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling spiritual mengikut faktor demografi, iaitu jantina, tahap pendidikan dan umur. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan persepsi masyarakat terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling spiritual mengikut faktor bangsa yang dikaji. Secara keseluruhan kajian ini memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa persoalan spiritual atau kerohanian dalam kaunseling merupakan satu keperluan yang perlu diberi perhatian wajar agar perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan menepati keperluan manusia dan berupaya mengatasi masalah klien secara berkesan dalam usaha mencapai kesejahteraan hidup.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi masyarakat; Perkhidmatan; Kaunseling spiritual
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:11927
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2018 03:48
Last Modified:22 Jul 2018 02:35

Repository Staff Only: item control page