Polisi Pan-Islamisme semasa pemerintahan Sultan ‘Abd al-Hamid II (1876-1909M)

Zulhelman Roslan, and Ermy Azziaty Rozali, (2017) Polisi Pan-Islamisme semasa pemerintahan Sultan ‘Abd al-Hamid II (1876-1909M). Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (1). pp. 67-81. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
472kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1030

Abstract

Perbincangan artikel ini bertitik tolak daripada kenyataan al-Sallabi yang menyatakan Sultan ‘Abd al-Hamid II menggunakan beberapa metode pelaksanaan untuk merealisasikan polisi Pan-Islamisme yang diperkenalkannya. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti latar belakang pemerintahan Sultan ‘Abd al-Hamid II, membahas konsep Pan-Islamisme sehingga ia berkembang sebagai satu polisi dan menganalisis metode pelaksanaan yang dilakukan oleh Sultan ‘Abd al-Hamid II dalam memanifestasikan polisi Pan-Islamisme kepada umat Islam. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian sejarah dan analisis kandungan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah dokumentasi dalam pengumpulan data dengan menfokuskan pada sumber berkaitan sejarah pemerintahan Sultan ‘Abd al-Hamid II dan penulisan berkenaan polisi Pan-Islamisme. Manakala aspek penganalisisan data kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik dan deduktif. Dapatan kajian mendapati terdapat ramai pihak yang terlibat dalam menyokong Sultan ‘Abd al-Hamid II dan menjadi asas kekuatan polisi tersebut sehingga tersebar luas kepada umat Islam. Justeru, peranan tokoh pendakwah dan intelektual, jaringan aliran tasawuf, penstrukturan institusi pengajian ilmu, kemampuan Sultan ‘Abd al-Hamid II dalam berdiplomasi, pembangunan sistem telegraf dan perkhidmatan pos serta projek kereta api Hijaz menjadi metode bagi memanifestasikan polisi kesatuan umat Islam tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Pan-Islamisme; Sultan ‘Abd al-Hamid II; ‘Uthmaniyyah; Sejarah politik; Polisi pentadbiran
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:11928
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2018 03:57
Last Modified:22 Jul 2018 02:41

Repository Staff Only: item control page