Amir Fazlim Jusoh, and Mat Noor Mat Zain, (2017) Maqasid pengharaman pembiayaan peribadi berlandaskan bay‘ al-‘inah di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (2). pp. 91-101. ISSN 0216-5636
|
PDF
463kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1056
Abstract
Instrumen pembiayaan berasaskan bay‘ al-‘inah menimbulkan kontroversi dalam industri perbankan dan pembiayaan Islam. Walaupun difatwakan haram oleh Akademi Fiqh Islam OIC, Liga Muslim Sedunia, AAOIFI dan al-Azhar, namun Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bertegas bahawa instrumen tersebut adalah harus digunakan berdasarkan pandangan al-Shafi‘i dan al-Shafi‘iyyah. Pandangan mereka hanya berdasarkan pendapat ulama dalam kita-kitab fiqh terdahulu tanpa mengambil kira realiti semasa instrumen bay‘ al-‘inah yang berkemungkinan mengandungi elemen-elemen yang dilarang. Artikel ini bertujuan menjelaskan maqasid al-shari‘ah (objektif-objektif syarak) di sebalik pengharaman instrumen tersebut melalui penggunaannya sebagai produk pembiayaan peribadi. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan metode usul al-fiqh dan kaedah fiqhiyyah. Kajian membuktikan aplikasi bay‘ al-‘inah dalam industri perbankan adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan beberapa objektif syarak berkaitan dengan akad jual beli dan pinjaman tanpa faedah. Pelanggaran terhadap objektif-objektif berkenaan menyebabkan pengharaman instrumen bay‘ al-‘inah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Maqasid Shari‘ah; Objektif syarak; Pembiayaan peribadi Islam; Bay‘ al-‘inah; Jual beli |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 11931 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Jul 2018 06:57 |
Last Modified: | 22 Jul 2018 02:38 |
Repository Staff Only: item control page