Isu spekulasi dan perjudian dalam urus niaga saham secara kontra

Azlin Alisa Ahmad, and Nurul Ilyana Muhd Adnan, (2017) Isu spekulasi dan perjudian dalam urus niaga saham secara kontra. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (2). pp. 103-111. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
370kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1056

Abstract

Transaksi kontra ialah transaksi saham yang boleh dibuat dalam satu tempoh masa yang ditetapkan tanpa mempunyai modal, sama ada berbentuk tunai atau sijil saham. Saham ini perlu dibayar pada T+3, iaitu transaction day ditambah tiga hari bekerja. Pembeli boleh menjualnya dalam tempoh tersebut dan akan memperoleh keuntungan atas angin sekiranya harga saham naik seperti mana jangkaan. Akan tetapi, sekiranya harga jatuh, pembeli perlu membayar kerugian kontra. Walau bagaimanapun, transaksi ini juga dilihat mempunyai isu syariah seperti isu spekulasi dan perjudian apabila pemain pasaran cuma mengambil kesempatan terhadap tempoh penyelesaian T+3 di Bursa Malaysia untuk membeli dan menjual dengan segera saham yang sama dengan hasrat mendapat keuntungan. Justeru, kaedah atau teknik dagangan kontra ini memerlukan kajian dari aspek syariah kerana elemen perjudian dan spekulasi dilarang dalam muamalat Islam. Isu spekulasi dan perjudian dilihat jelas berlaku dalam transaksi kontra apabila pemain pasaran seolah-olah tidak mempunyai niat untuk menyertai pelaburan syarikat. Malah, mereka hanya mengharapkan keuntungan daripada pergerakan harga saham sahaja. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati isu perjudian dan spekulasi dalam urus niaga kontra adalah bertentangan dengan muamalat Islam kerana kemungkinan peserta pasaran akan mengalami kerugian yang sangat besar adalah tinggi. Kegiatan ini menjadikan peserta pasaran bergantung sepenuhnya kepada nasib dan melibatkan risiko yang tinggi serta wujud unsur zero-sum game sehingga membawa kepada perolehan harta secara batil.

Item Type:Article
Keywords:Spekulasi; Perjudian; Transaksi kontra
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:11932
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2018 07:08
Last Modified:22 Jul 2018 02:37

Repository Staff Only: item control page