Konflik di antara fatwa dan keputusan panel penasihat Syariah dalam kes muamalat di mahkamah Malaysia

Mohd Kamel Mat Salleh, and Mohd Al Adib Samuri, and Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, (2017) Konflik di antara fatwa dan keputusan panel penasihat Syariah dalam kes muamalat di mahkamah Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (2). pp. 113-124. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
409kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1056

Abstract

Pertikaian mengenai hukum syarak diputuskan melalui penghakiman di mahkamah Syariah. Namun dalam isu berkaitan muamalat dan perbankan Islam, bidang kuasa menghakiminya terletak di bawah mahkamah sivil. Konflik turut muncul apabila fatwa yang diwartakan yang dianggap sebagai hukum syarak tertinggi tidak pula menjadi autoriti di mahkamah disebabkan keautoritiannya terletak kepada keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan kedudukan fatwa dan keputusan Majlis Penasihat Syariah sebagai autoriti di mahkamah dalam membicarakan kes-kes muamalat. Dengan itu, kaedah analisis dokumen digunakan dalam menjelaskan kedudukan keautoritian fatwa dan Majlis Penasihat Syariah, di samping laporan-laporan kes mahkamah yang menghakimi isu-isu muamalat. Kajian mendapati fatwa walaupun diwartakan tidak menjadi autoriti utama dalam penghakiman. Ia menjelaskan juga kedudukan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti sebagai badan yang diiktiraf undang-undang sebagai rujukan tertinggi sebarang pertikaian di mahkamah dalam kes-kes muamalat. Mahkamah sivil lebih berbidang kuasa dalam menghakimi kes-kes muamalat dan perbankan Islam berbanding fatwa yang diwartakan di peringkat negeri. Artikel ini menghujahkan bahawa penambahbaikan perundangan perlu dibuat agar fatwa dan keputusan Majlis Penasihat Syariah boleh berperanan secara lebih efektif dalam mengadili kes muamalat, di samping peluang wajar dibuka kepada mahkamah Syariah agar turut mempunyai bidang kuasa mengadili isu-isu muamalat seperti takaful dan perbankan Islam.

Item Type:Article
Keywords:Fatwa; Majlis Penasihat Syariah; Mahkamah; Muamalat
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:11933
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2018 07:23
Last Modified:22 Jul 2018 02:36

Repository Staff Only: item control page