Analisis pemilikan bermanfaat dalam kewangan Islam berdasarkan kaedah tarjih bayn al-asl wa al-zahir

Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, (2017) Analisis pemilikan bermanfaat dalam kewangan Islam berdasarkan kaedah tarjih bayn al-asl wa al-zahir. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (2). pp. 125-133. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
464kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1056

Abstract

Pemilikan aset merupakan aspek penting dalam memastikan keabsahan kontrak jual beli. Walau bagaimanapun, dalam konteks kewangan Islam, isu pemilikan bermanfaat menjadi topik yang hangat berikutan operasi kewangan Islam yang berjalan dalam kerangka konvensional perundangan negara. Pemilikan bermanfaat dianggap tidak mengikut piawaian pemilikan dalam syariah. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menghuraikan kedudukan dan maksud pemilikan bermanfaat dari perspektif undang-undang dan Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan bagi menjelaskan konsep pemilikian bermanfaat. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah deduktif dan deskriptif untuk melakukan tarjih. Dapatan kajian ini menunjukkan pemilikan bermanfaaat diiktiraf sebagai pemilikan sebenar kerana Syariah membenarkan pemindahan pemilikan sebaik sahaja ijab dan qabul terlaksana. Kajian ini penting untuk menjadi panduan kepada institusi kewangan Islam dalam menstruktur produk yang patuh Syariah.

Item Type:Article
Keywords:Pemilikan; Kewangan Islam; Tarjih; Bermanfaat
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:11934
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2018 07:32
Last Modified:22 Jul 2018 02:30

Repository Staff Only: item control page