Analisis kes amalan hibah bersyarat di Malaysia

Nurul Syahirah Othman, and Noor Lizza Mohamed Said, and Mohd Zamro Muda, and Nasrul Hisyam Nor Muhamad, (2017) Analisis kes amalan hibah bersyarat di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (2). pp. 135-142. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
353kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1056

Abstract

Hibah menjadi satu daripada instrumen pilihan masyarakat Islam di Malaysia dalam perancangan harta. Produk hibah bersyarat telah dikomersialkan oleh institusi-institusi berkaitan seperti Amanah Raya Berhad (ARB), Wasiyyah Shoppe Berhad, as-Salihin Trustee Berhad, CIMB, Tabung Haji, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Prudential BSN Takaful Berhad. Terdapat kes-kes hibah bersyarat telah diputuskan oleh Mahkamah berpandukan kitab-kitab fikah kerana setakat ini tiada lagi enakmen khusus berkaitan hibah dikanunkan di Negara ini. Justeru, disebabkan wujud kepelbagaian pandangan fuqaha’ dalam perlaksanaan hibah bersyarat, lalu wujud kepelbagaian keputusan hakim syarie ke atas kes-kes hibah bersyarat. Artikel ini bertujuan untuk melihat amalan hibah bersyarat di Malaysia melalui data-data laporan kes hibah bersyarat yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah. Kajian ini sebagai langkah signifikan kepada persoalan mengenai amalan hibah bersyarat di Malaysia. Seterusnya data tersebut dianalisis berdasarkan pandangan fuqaha’ dan hujah-hujah mereka. Pandangan dan ulasan hakim turut diberi pertimbangan bagi mengetahui kecenderungan mereka dalam menerima hibah bersyarat. Hasil kajian mendapati terdapat hakim-hakim syarie yang menerima hibah bersyarat berdasarkan kesahan kes hibah yang telah diputuskan.

Item Type:Article
Keywords:Hibah bersyarat; Enakmen; Mahkamah Tinggi Syariah; Fuqaha’
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:11935
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2018 07:38
Last Modified:22 Jul 2018 02:29

Repository Staff Only: item control page