Sorotan literatur perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat vs sistem Piramid

Suhailah Mohd Nordin, and Salmy Edawati Yaacob, (2017) Sorotan literatur perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat vs sistem Piramid. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (2). pp. 143-152. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
377kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1056

Abstract

Kaedah pemasaran jualan langsung secara berbilang tingkat atau dikenali sebagai Multilevel Marketing (MLM) semakin mendapat sambutan masyarakat Malaysia. Sungguhpun begitu, bentuk perniagaan ini dirudung dengan pelbagai isu yang berkait rapat dengan soal sikap dan etika pihak yang menjalankannya. MLM juga berdepan dengan skeptisme dan kekeliruan, iaitu pengguna keliru seterusnya gagal membezakan sistem perniagaan MLM yang sah dengan sistem Piramid atau money game sehinggakan sebahagian mereka menyamakan keduanya. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menyoroti kajian lepas berkaitan dengan struktur serta konsep MLM dan sistem Piramid. Analisis literatur dibuat untuk mencari persamaan dan perbezaan antara sistem perniagaan MLM dengan sistem Piramid. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai pandangan daripada ahli ekonomi yang sebahagian pengkaji menyamakan konsep perniagaan MLM Konvensional ini dengan sistem Piramid kerana keduanya hanya mementingkan aktiviti merekrut downline untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi. Manakala, sebahagian pengkaji membezakan dengan jelas antara kedua sistem pemasaran ini dari sudut struktur serta konsep perniagaan, iaitu MLM merupakan perniagaan yang berteraskan penjualan produk atau perkhidmatan syarikat, manakala sistem Piramid lebih memfokuskan pencarian downline semata. Implikasinya, satu kajian lain perlu dilakukan secara terperinci berkenaan struktur dan bentuk MLM Patuh Syariah memandangkan sistem perniagaan ini semakin diterima oleh orang Islam.

Item Type:Article
Keywords:Multilevel Marketing; Konvensional; Kewangan Islam; Sistem Piramid; Money game
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:11936
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2018 07:45
Last Modified:22 Jul 2018 02:28

Repository Staff Only: item control page