Pembinaan institusi wakaf kesihatan di Istanbul pada tahun 1470M (Hospital Fatih)

Nur Ainul Basyirah Alias, and Ermy Azziaty Rozali, (2017) Pembinaan institusi wakaf kesihatan di Istanbul pada tahun 1470M (Hospital Fatih). Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 39 (2). pp. 153-164. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
472kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1056

Abstract

Kerajaan ‘Uthmaniyyah yang bertahan selama lebih tujuh abad menyediakan pelbagai infrastruktur untuk kegunaan masyarakat yang diwujudkan melalui dana wakaf. Satu daripada institusi wakaf yang dibina ialah Hospital Fatih yang dibangunkan dalam kompleks Fatih, Istanbul selepas Sultan Mehmet II membuka kota itu pada tahun 1453M. Walau bagaimanapun, terdapat kenyataan yang mendakwa institusi wakaf ini hanya berfungsi dalam memberi rawatan kepada golongan miskin sahaja. Bahkan terdapat juga pandangan yang menyatakan institusi wakaf tersebut memberikan perkhidmatan yang kurang memuaskan serta bertujuan untuk menunjukkan kekayaan pemerintah. Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan lain berkaitan kompleks Fatih yang memberi gambaran sebaliknya kepada dakwaan tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti persoalan berkaitan sejarah institusi wakaf kesihatan, iaitu Hospital Fatih dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan juga meneliti dana wakaf yang disalurkan kepada institusi kesihatan ini. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kualitatif yang berbentuk kajian sejarah, manakala kaedah pengumpulan data pula menggunakan kaedah analisis dokumen. Maklumat dan data yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber dianalisis menggunakan kaedah deduktif. Hasil kajian ini mendapati hospital ini mempunyai dana wakaf yang khusus diberikan untuk menjalankan operasinya. Di samping itu, terdapat dokumen wakaf yang mencatatkan tugas-tugas dan gaji harian para pekerja di hospital. Sumbangan kajian ini dapat memberi pengetahuan berkaitan institusi kesihatan wakaf yang wujud dalam tamadun Islam, memberikan idea untuk menubuhkan institusi wakaf ini di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Tamadun Islam; Perubatan; Hospital wakaf; Kerajaan ‘Uthmaniyyah
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:11937
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2018 07:52
Last Modified:22 Jul 2018 02:27

Repository Staff Only: item control page