Faktor utama keupayaan inovasi syarikat milik rakyat Malaysia: analisis kepentingan-keberkesanan

Norkisme Zainal-Abidin, and Nur Riza Mohd Suradi, and Zainol Mustafa, (2017) Faktor utama keupayaan inovasi syarikat milik rakyat Malaysia: analisis kepentingan-keberkesanan. Journal of Quality Measurement and Analysis, 13 (1). pp. 35-54. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Registered users only

350kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma13_1a.html

Abstract

Kajian ini mengukur tanggapan syarikat milik rakyat Malaysia terhadap kepentingan dan keberkesanan faktor inovasi dalam meningkatkan keupayaan inovasi syarikat mereka. Faktor keupayaan inovasi yang dikaji terdiri daripada faktor Polisi (PO), Pembiayaan (FF), Sumber Manusia (HR) dan Fasiliti (FC) pada setiap proses inovasi, iaitu Penjanaan Idea (P1), Reka Bentuk (P2), Prototaip (P3), Pembangunan (P4) dan Pemasaran (P5). Menggunakan Analisis Kepentingan dan Keberkesanan (AKK), min bagi setiap faktor inovasi dihitung dan diplotkan ke dalam grid AKK yang terdiri daripada empat kuadran. Kuadran I dinamai “Kekalkan Keberkesanan”, Kuadran II “Berlebihan”, Kuadran III “Tumpuan Rendah” dan Kuadran IV “Tumpuan Utama”. Faktor inovasi yang perlu diberi Tumpuan Utama (Kuadran IV) adalah faktor P1_FC, P3_FC, P4_FC dan P1_HR bagi syarikat bersaiz kecil, faktor P2_PO dan P2_FF dalam syarikat bersaiz sederhana, manakala bagi syarikat bersaiz besar adalah faktor P2_FC, P4_FC, P1_HR, P4_HR dan P4_FF. Hasil dapatan AKK membantu pihak pengurusan syarikat menentukan strategi seterusnya bagi meningkatkan keupayaan inovasi syarikat dengan memfokuskan sumber dan tenaga syarikat kepada faktor-faktor inovasi yang penting tetapi dilaksanakan secara kurang berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Keupayaan inovasi; Polisi; Pembiayaan; Sumber manusia; Fasiliti; Analisis kepentingan-keberkesanan
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:11941
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2018 00:35
Last Modified:22 Jul 2018 02:51

Repository Staff Only: item control page