Siti Nur Idayu Alias, and Rosmanjawati Abdul Rahman, (2017) Menentukan tahap kesediaan pelajar kejuruteraan sebelum memasuki pasaran kerja. Journal of Quality Measurement and Analysis, 13 (1). pp. 71-82. ISSN 1823-5670
PDF
Restricted to Registered users only 213kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma13_1a.html
Abstract
Kajian ini adalah untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan di antara persepsi siswazah dengan majikan terhadap tahap kesediaan ke alam pekerjaan dalam kalangan siswazah kejuruteraan dari sebuah universiti tempatan di Malaysia. Data untuk kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang dihantar melalui mel elektronik kepada 150 orang pelajar dan 80 pihak majikan di industri dan dianalisis menggunakan SPSS 20. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah alfa Cronbach yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.947. Analisis faktor dan Ujian Mann-Whitney telah digunakan untuk menjawab persoalan yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan antara persepsi siswazah dengan majikan terhadap tahap kesediaan ke alam pekerjaan. Didapati bahawa persepsi majikan terhadap persediaan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan adalah lebih baik berbanding dengan persepsi pelajar itu sendiri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesediaan; Kerjaya; Siswazah kejuruteraan |
Journal: | Journal of Quality Measurement and Analysis |
ID Code: | 11943 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Jul 2018 00:53 |
Last Modified: | 22 Jul 2018 03:01 |
Repository Staff Only: item control page