Institusi perbidanan di Selangor, 1900-1955

Azlizan Mat Enh, and Suraini Rosli, (2018) Institusi perbidanan di Selangor, 1900-1955. AKADEMIKA, 88 (1). pp. 17-34. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
376kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/862

Abstract

Perkembangan perkhidmatan perbidanan di Selangor, Malaysia banyak dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Perkembangan ekonomi di Selangor menjadikan wanita sebagai salah satu sumber tenaga buruh untuk sektor pertanian. Namun jumlah kematian ibu dan bayi disebabkan komplikasi kandungan dan proses kelahiran tradisional telah menjejaskan sumber tenaga buruh wanita. Objektif artikel ini adalah untuk mengenalpasti perkembangan perkhidmatan perbidanan di Selangor semasa Era British dari tempoh 1900-1955 sehingga membawa kepada penubuhan institusi perbidanan. Kajian ini menggunakan kaedah content analysis melalui pendekatan sejarah dengan menggunakan sumber-sumber primer di Arkib Negara yang terdiri daripada dokumen-dokumen kerajaan Selangor khususnya rekod-rekod kolonial seperti fail-fail Selangor Secretariat, Colonial Office, Annual Report for Medical Selangor, Annual Report on Health Department, Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Selangor, surat-surat rasmi, memorandum dan akhbar. Melalui penelitian ke atas sumber didapati bahawa dasar kerajaan British memberi perhatian kepada perkhidmatan perbidanan adalah kerana menyedari bahawa penurunan guna tenaga dalam kalangan wanita akibat kematian dalam proses kelahiran dan penjagaan selepas kelahiran boleh menjejaskan sektor ekonomi British di Tanah Melayu khususnya di Selangor.

Item Type:Article
Keywords:Perbidanan; Selangor; British; Perkhidmatan; Ekonomi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11945
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2018 06:36
Last Modified:22 Jul 2018 02:58

Repository Staff Only: item control page