Penglibatan komuniti tempatan dalam pasaran tumbuhan ubatan di Tamu Pantai Barat Sabah

Jurry Foo, (2018) Penglibatan komuniti tempatan dalam pasaran tumbuhan ubatan di Tamu Pantai Barat Sabah. AKADEMIKA, 88 (1). pp. 35-47. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
505kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/862

Abstract

Penglibatan komuniti dalam penjualan tumbuhan ubatan pasar tempatan yang dikenali sebagai tamu, merupakan kelaziman yang telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat di Sabah. Pergantungan terhadap sumber tumbuhan ubatan itu boleh dikaitkan dengan konsep tradisi ruang dalam kajian geografi, di mana manusia mengorganisasi dan menyusun ruang yang digunakan bagi mencapai matlamat penghidupan yang lebih baik. Dalam konteks ini, penyusunan ruang pasaran tumbuhan merujuk kepada tindakan terhadap sumber yang dikendalikan di tamu, kerana ia membentuk corak penglibatan komuniti yang biasanya dilabelkan sebagai ‘peranan’. Oleh kerana semua tindakan manusia merupakan penentu kepada fenomena dalam ruang, maka artikel ini akan mengupas penglibatan masyarakat tempatan dalam penjualan tumbuhan ubatan di tamu Pantai Barat Sabah dari perspektif tradisi ruang. Seramai 107 responden yang terdiri daripada sembilan etnik tempatan telah terlibat dalam proses soal selidik dan sesi temubual. Hasil kajian mendapati bahawa kuasa penuh diberikan kepada penjual dalam membuat keputusan terhadap tindakannya di tamu, manakala aspek pendapatan menjadi faktor utama motif penglibatan. Manakala mobiliti pengetahuan dan sumber mengenai tumbuhan ubatan telah dibawa bersama melalui pergerakan penjual di dalam lingkungan kawasan kajian dan dibawa masuk dari lokasi lain. Kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan komuniti tidak hanya tertakluk kepada tindakan, tetapi juga meliputi kuasa membuat keputusan dan proses mobiliti sumber dan bahan.

Item Type:Article
Keywords:Penglibatan; Komuniti; Penjualan; Tumbuhan ubatan; Tamu
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11946
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2018 07:05
Last Modified:22 Jul 2018 02:57

Repository Staff Only: item control page