Faktor-faktor sosial yang mempengaruhi jangkitan HIV dalam kalangan lelaki berketurunan India HIV positif di Malaysia

Sarasuphadi Munusamy, and Kamal Solhaimi Fadzil, and Raja Iskandar Shah Raja Azwa, and Ahmad Sabri Abd. Samat, (2018) Faktor-faktor sosial yang mempengaruhi jangkitan HIV dalam kalangan lelaki berketurunan India HIV positif di Malaysia. AKADEMIKA, 88 (1). pp. 49-64. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
376kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/862

Abstract

Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah hasil daripada cabaran perilaku sosial dan biologi yang dikaitkan dengan pelbagai faktor sejarah, budaya, ekonomi, politik, kelas sosial, dan penyingkiran sosial antara jantina minoriti di dunia. Ke arah mencapai pemahaman ini, kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor sosiologi yang mempengaruhi risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki berketurunan India di Semenanjung Malaysia. Kajian kualitatif ini berasaskan maklumat yang diperolehi daripada hasil temu bual mendalam ke atas 14 responden lelaki yang juga dijangkiti penyakit HIV. Faktor-faktor sosial dan ekonomi merupakan punca utama yang mempengaruhi responden terlibat dalam tingkah laku risiko tinggi. Responden yang berumur lewat 30-an menyatakan migrasi dalaman dan pengaruh persekitaran, diikuti kemiskinan dan pengangguran antara faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku berisiko tinggi. Manakala, beberapa faktor yang mempengaruhi risiko jangkitan HIV bagi golongan muda termasuk penyalahgunaan alkohol, pendedahan kepada siber seks, pelancongan seks, hubungan seks rambang, persekitaran asrama kerja di luar negara dan pemerkosaan atau penderaan seksual. Walaubagaimanapun, kurang pengetahuan dan kesedaran terhadap mod jangkitan HIV merupakan salah satu indikator utama dalam mengenal pasti punca risiko jangkitan dalam kalangan kohort kajian.Hasil kajian ini dapat digunakan bagi merancang program intervensi bagi menangani risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki Malaysia berketurunan India secara khususnya, dan golongan lelaki secara amnya di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:AIDS; Faktor jangkitan HIV; Faktor kebudayaan; Maskuliniti, Masyarakat India
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11947
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2018 07:19
Last Modified:22 Jul 2018 02:57

Repository Staff Only: item control page