Mohd Syukri Zainal Abidin, and Che Zarrina Sa'ari, and Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman, (2018) Pendekatan psikoterapi Islam terhadap kanak-kanak Muslim autistik. AKADEMIKA, 88 (1). pp. 65-73. ISSN 0126-5008
|
PDF
340kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/862
Abstract
Sejak tahun kebelakangan ini, jumlah atau purata kanak-kanak di seluruh dunia yang dilahirkan dalam keadaan autisme semakin bertambah. Pelbagai pendekatan psikoterapi Barat digunakan bagi meningkatkan perkembangan diri mereka. Namun begitu, kaedah yang diterapkan didapati mengabaikan konsep spiritual atau kerohanian. Artikel yang membincangkan pendekatan psikoterapi Islam terhadap kanak-kanak autistik ini menggunakan metode kepustakaan bagi pengumpulan data berdasarkan sorotan kajian lepas, dan metode analisis kandungan bagi penganalisisan data. Ia menghuraikan pendekatan psikoterapi Islam merangkumi solat dan zikir yang dicadangkan pengaplikasiannya terhadap kanak-kanak autistik. Solat yang merupakan tiang agama adalah sangat penting dalam pembinaan diri insan, manakala zikir pula adalah pelengkap kepada solat tersebut. Kanak-kanak autistik didapati mampu dan mudah untuk melaksanakan kedua-dua amalan ibadah ini walaupun mereka mempunyai keterhadan upaya. Justeru, dapat disimpulkan bahawa solat dan zikir mempunyai hubungan yang signifikan dalam membantu perkembangan kanak-kanak autistik seperti kanak-kanak normal yang lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Autisme; Psikoterapi; Psikoterapi Islam; Solat; Zikir |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 11948 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Jul 2018 07:28 |
Last Modified: | 22 Jul 2018 02:54 |
Repository Staff Only: item control page