Assimilasi nasal dalam hukum Idgham Bila Al-Ghunnah

Nur Zahin Kasnin, and Sharifah Raihan Syed Jaafar, (2018) Assimilasi nasal dalam hukum Idgham Bila Al-Ghunnah. AKADEMIKA, 88 (1). pp. 121-136. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/862

Abstract

Proses asimilasi nasal wujud dalam pembelajaran ilmu tajwid terutamanya yang melibatkan hukum nun sakinah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk membincangkan proses asimilasi nasal yang wujud dalam hukum tajwid yang dipilih, iaitu Idgham Bila al-Ghunnah. Data kajian diperoleh daripada perisian aplikasi al-Qur’an al-Karim, iaitu “Software Qhutbah”. Data seterusnya dianalisis dengan menggunakan kerangka teori Optimaliti (TO) yang diperkenalkan oleh Mc Carthy, Prince dan Smolensky. Proses asimilasi nasal dalam hukum tajwid wujud apabila adanya bunyi nasal, iaitu nun sakinah dan juga tanwin dalam perkataan. Proses asimilasi nasal merupakan suatu proses penggabungan bunyi nasal ke dalam suatu bunyi konsonan yang hadir selepasnya. Proses fonologi ini turut mempengaruhi cara sebutan sesuatu kata. Hasil analisis mendapati kewujudan nun sakinah bagi hukum Idgham Bila al-Ghunnah dilenyapkan dalam bacaan apabila diikuti dengan bunyi [lam] ل dan [ra] ر . Hal ini kerana, bunyi-bunyi ini mempunyai daerah artikulasi yang berhampiran dengan nun sakinah yang berada di pangkal hidung. Kedudukan yang berhampiran ini menyebabkan bunyi nun sakinah dimasukkan ke dalam bunyi [lam] ل dan [ra] ر seterusnya dibaca tanpa sebarang bunyi sengauan. Fenomena ini berbeza bagi hukum tajwid yang lain seperti Izhar Halqi, Idgham Maal Ghunnah dan Ikhfa’ Hakiki. Hasil kajian ini dapat membantu pembaca mengenal pasti perbezaan cara bacaan yang wujud dalam setiap hukum tajwid yang ada. Justeru itu, ketepatan dalam bacaan al-Qur’an al-Karim juga dapat dipertingkatkan.

Item Type:Article
Keywords:Fonologi; Teori optimaliti; Nasal; Hukum nun sakinah; Tajwid
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11952
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2018 23:58
Last Modified:22 Jul 2018 02:49

Repository Staff Only: item control page