Kepelbagaian varian leksikal dialek di Perak: pendekatan Geographical Information System

Siti Noraini Hamzah, and Nor Hashimah Jalaluddin, (2018) Kepelbagaian varian leksikal dialek di Perak: pendekatan Geographical Information System. AKADEMIKA, 88 (1). pp. 137-152. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/862

Abstract

Perkembangan teknologi telah membawa dimensi baharu dalam kajian dialek. Kini Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah diguna pakai oleh kebanyakan pengkaji luar untuk menghasilkan peta penyebaran dialek bagi menggantikan kajian dialek yang terdahulu. Oleh itu, kajian ini meneliti kepelbagaian dialek yang ada di Perak berdasarkan data leksikal ‘air’, ‘bantal’ dan ‘saya’. Pengumpulan data dibuat menerusi kajian lapangan di 102 buah kampung iaitu meliputi seluruh negeri Perak. Data yang diperolehi kemudiannya disaring, ditranskripsi dan seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan GIS. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sebanyak tujuh varian yang ditemui bagi merujuk kepada leksikal ‘air’, enam varian bagi leksikal ‘bantal’. Manakala, terdapat 15 varian bagi leksikal ‘saya’ ditemui dalam kalangan penutur dialek di Perak. Kepelbagaian varian ini terjadi kerana wujudnya perbezaan penggunaan varian di antara dua peringkat umur iaitu generasi tua dan generasi muda. Namun, taraf pendidikan, pekerjaan dan juga perkahwinan turut mengukuhkan lagi dapatan kajian ini. Buktinya, dapatan analisis menunjukkan bahawa generasi tua yang tidak berpendidikan dan bekerja kampung ataupun suri rumah didapati lebih mengekalkan penggunaan varian asli dialek Perak berbanding dengan generasi mudanya. Hal ini kerana, kebanyakan generasi muda yang ditemui telah mengalami peralihan dialek dalam menggunakan varian-varian leksikal. Generasi muda lebih cenderung menggunakan bentuk standard dalam pertuturan mereka. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh media massa, taraf pendidikan dan bidang pekerjaan yang menyumbang kepada kepelbagaian dialek bagi generasi ini di Perak. Malahan, pengaplikasian GIS telah membantu menghasilkan peta taburan bagi ketiga-tiga leksikal di Perak secara jelas dan saintifik.

Item Type:Article
Keywords:Kepelbagaian dialek; Leksikal; Generasi tua; Generasi muda; Sistem Maklumat Geografi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11954
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jul 2018 00:04
Last Modified:22 Jul 2018 03:02

Repository Staff Only: item control page