Nooriah Yusof, and Zakiyah Jamaluddin, (2018) Kos perbelanjaan perumahan dalam kalangan penduduk kawasan perumahan kos rendah dan sederhana di Pulau Pinang. AKADEMIKA, 88 (1). pp. 167-179. ISSN 0126-5008
|
PDF
486kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/862
Abstract
Kos perbelanjaan perumahan merujuk kepada semua bentuk perbelanjaan setiap bulan yang ditanggung oleh penghuni yang meliputi kos bayaran pinjaman atau sewa rumah, utiliti, bayaran perkhidmatan dan lain-lain kos yang berkaitan perumahan. Tanggungan atau bebanan yang perlu dipikul dalam memperuntukkan pendapatan bagi mengurus kos perumahan merupakan antara faktor penting yang boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup penghuni. Ini kerana perbelanjaan atau kos mengurus perumahan merupakan item perbelanjaan yang paling besar dalam perbelanjaan kebanyakan keluarga atau individu dan sekiranya berlaku perubahan terhadap harga atau sewa rumah (kenaikan) akan memberi kesan yang besar terhadap perbelanjaan bukan-perumahan yang lain. Fokus makalah ini adalah untuk menilai persepsi penghuni di perumahan kos rendah dan sederhana dalam bandar di Pulau Pinang terhadap kemampuan menanggung kos perbelanjaan perumahan pada masa kini dan masa hadapan serta kesannya terhadap kesejahteraan hidup mereka. Perbincangan yang dibuat adalah berdasarkan hasil kajian empirikal yang menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran borang soal selidik yang melibatkan responden seramai 400 orang. Hasil kajian mendapati majoriti responden memperuntukkan lebih daripada 30 peratus daripada pendapatan mereka untuk kos perbelanjaan perumahan dan mengangap ianya adalah membebankan. Malahan terdapat segelintir responden yang tidak dapat membuat bayaran tepat pada masanya. Ini telah menyebabkan mereka terpaksa mengawal perbelanjaan, mendapatkan pinjaman daripada pihak lain atau melakukan pekerjaan tambahan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Fenomena sosial ini penting untuk diselidiki dan difahami kerana ianya boleh memberi kesan terhadap kualiti hidup masyarakat. Penduduk berpendapatan rendah dan sederhana ternyata menerima kesan ketara apabila kos perbelanjaan perumahan menjadi semakin mahal dan membebankan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kos perbelanjaan perumahan; Pendapatan; Beban; Kemampuan; Kawasan bandar |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 11956 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Jul 2018 00:26 |
Last Modified: | 22 Jul 2018 03:03 |
Repository Staff Only: item control page