Impak sosioekonomi dan politik program perumahan rakyat Lembah Subang, Selangor

Junaidi Awang Besar, and Mazlan Ali, and Yew, Vivien W.C. and Novel Lyndon, and Mohd Nor Shahizan Ali, (2018) Impak sosioekonomi dan politik program perumahan rakyat Lembah Subang, Selangor. AKADEMIKA, 88 (1). pp. 181-192. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
473kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/862

Abstract

Perumahan yang sempurna ialah yang dapat memenuhi keperluan penghuni, memberi kesejahteraan kepada isi rumah dan seterusnya memacu kepada peningkatan kualiti hidup. Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan program pembangunan rumah untuk rakyat di kawasan bandar yang tidak mempunyai kediaman sendiri sama ada untuk disewa atau dimiliki mengikut kawasan. Program ini memberi manfaat kepada penghuni bandar untuk menjalani kehidupan yang selesa seterusnya dapat mencapai kesejahteraan hidup. Namun terdapat tiga isu sosioekonomi dalam pelaksanaan skim PPR ini iaitu perpaduan, sosial dan ekonomi. Justeru, tujuan penulisan artikel ini untuk membincangkan impak sosioekonomi dan politik terhadap Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Selangor. Kajian ini menggunakan metodologi secara kuantitatif melalui penggunaan instrumen borang soal selidik bagi mengumpul data daripada responden. Seramai 360 orang responden terlibat dan rujukan terhadap data sekunder iaitu artikel jurnal, kertas persidangan/seminar dan buku-buku ilmiah yang berkaitan diperlukan bagi menjayakan kajian. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju terhadap pelaksanaan perumahan PPR dan program ini telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi, mengurangkan masalah sosial dan mewujudkan perpaduan untuk memenuhi aspirasi negara dalam mencapai matlamat 1 Malaysia. Program ini juga telah memberikan nilai tambah terutamanya sokongan kepada Kerajaan Persekutuan. Akhir sekali, impak kepada kajian ini penting sebagai panduan kepada pihak pelaksana dasar untuk mengetahui pandangan masyarakat bagi memastikan kejayaan proses pelaksanaan di masa akan datang dan melakukan penambahbaikan dasar berkenaan yang sesuai mengikut keperluan semasa.

Item Type:Article
Keywords:Program perumahan rakyat; Sosioekonomi; Politik; Kesejahteraan hidup; Taraf ekonomi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11957
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jul 2018 00:37
Last Modified:22 Jul 2018 03:04

Repository Staff Only: item control page