Faktor analisis pendorong dan penghalang kepada kenderaan tidak bermotor di Bangi

Muhamad Razuhanafi Mat Yazid, and Muhamad Nazri Borhan, and Rozmi Ismail, (2018) Faktor analisis pendorong dan penghalang kepada kenderaan tidak bermotor di Bangi. AKADEMIKA, 88 (1). pp. 209-224. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
384kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/862

Abstract

Kenderaan tidak bermotor adalah penting bagi menjamin kehidupan dalam persekitaran yang bersih, sihat dan berkualiti tinggi. Hari ini, sistem pengangkutan di bandar-bandar Malaysia sering dikaitkan dengan imej buruk seperti kesesakan, kemalangan dan ketidakcekapan pengangkutan awam sebagai alternatif. Selain itu kesan pembebasan gas karbon ke ruang atmosfera menyumbang kepada pencemaran alam dan menjejaskan aspek kualiti kehidupan secara umumnya. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang mempengaruhi responden untuk membuat pemilihan kepada penggunaan kenderaan tidak bermotor berdasarkan kepada faktor pendorong dan penghalang. Bagi tujuan ini, faktor analisis dan CFA digunakan untuk menjelaskan situasi penggunaan kenderaan tidak bermotor berdasarkan borang soal selidik dengan 39 item yang dipecahkan kepada empat aspek utama yang menjadi instrumen soal selidik. Seramai 400 responden di Bandar Baru Bangi telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan kumpulan faktor yang amat mempengaruhi keinginan menggunakan kenderaan tidak bermotor adalah faktor halangan iaitu cuaca dan jarak perjalanan (10.879), keperluan asas yang tidak disediakan (1.945), keadaan laluan (1.589), persekitaran (1.142) dan halangan perundangan (1.044). Manakala faktor kedua yang mempengaruhi mempengaruhi keputusan untuk memilih kepada kenderaan tidak bermotor adalah faktor kesenangan (2.233), galakan (1.401) dan keselamatan (1.002). Manakala factor yang paling rendah mempengaruhi keputusan untuk bertukar kepada penggunaan kenderaaan tidak bermotor ialah faktor sekatan iaitu tiada kemudahan untuk kenderaan tidak bermotor (1.302). Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa elemen kesenangan dan kesejahteraan kepada pengguna perlu diberi keutamaan dalam membentuk polisi ke arah penggunaan kenderaan tidak bermotor di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Faktor Analisis; Pendorong; Penghalang; Kenderaan tidak bermotor; Berbasikal
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11958
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Jul 2018 01:06
Last Modified:22 Jul 2018 03:05

Repository Staff Only: item control page