Pendapatan komprehensif dan nilai firma: peranan jawatankuasa audit

Nirazmilah Sulaiman, and Zaleha Abdul Shukor, (2017) Pendapatan komprehensif dan nilai firma: peranan jawatankuasa audit. Asian Journal of Accounting and Governance, 8 . pp. 55-69. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
339kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1033

Abstract

Maklumat pendapatan komprehensif lain (PKL) adalah maklumat pendapatan yang masih belum direalis namun tetap dilaporkan dalam penyata pendapatan firma. Maklumat PKL menjadi kontroversi kerana ianya sentiasa berubah, menjadikannya tidak stabil dan yang lebih kritikal adalah ianya belum direalis. Namun terkini di mana nilai saksama adalah keperluan pelaporan kewangan, maklumat PKL telah wajib dilaporkan agar pihak berkepentingan mengetahui nilai sebenar syarikat. Maka untuk meyakinkan pihak berkepentingan akan kebolehpercayaan kepada maklumat PKL ini, syarikat perlu kepada tadbir urus yang mantap termasuklah mempunyai jawatankuasa audit (JA) yang bertanggungjawab memastikan kebolehpercayaan maklumat PKL tersebut. Kajian ini meneliti peranan jawatankuasa audit (JA) di dalam hubungan antara pelaporan maklumat PKL dan nilai firma. Peranan JA dilihat secara komprehensif dan diukur menggunakan indeks keberkesanan JA yang meliputi empat dimensi iaitu komposisi, bidang kuasa, sumber daya dan ketekunan. Sampel kajian adalah 1,136 pemerhatian tahun-firma untuk tiga tahun yang terdiri daripada firma yang tersenarai di Bursa Malaysia dari tahun 2011 sehingga 2013. Data dikutip daripada pangkalan data Datastream dan laporan tahunan syarikat. Keputusan kajian menunjukkan bahawa PKL mempunyai kemampuan untuk berhubung secara positif dengan nilai firma. Manakala JA pula mempunyai tanda-tanda mampu mengukuhkan hubungan antara pelaporan PKL dan nilai firma bagi sampel kajian ini. Dapatan kajian diharap dapat memberi bukti kepada MASB dari segi kebergunaan MFRS 101 yang berkait dengan pelaporan pendapatan komprehensif dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dari segi manfaat fungsi JA dalam MCCG.

Item Type:Article
Keywords:Pendapatan komprehensif; Pendapatan belum realis; Nilai firma; Tadbir urus; Keberkesanan jawatankuasa audit; MFRS101
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:11966
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Jul 2018 03:26
Last Modified:31 Jul 2018 09:20

Repository Staff Only: item control page