Kajian dok molekul mengenai interaksi antara RNA-bergantung RNA polimerase virus denggi dan analog nukleosida

Nor Nadirah Abdullah, and Kamal Rullah, and Lam, Kok Wai and Malina Jasamai, (2018) Kajian dok molekul mengenai interaksi antara RNA-bergantung RNA polimerase virus denggi dan analog nukleosida. Sains Malaysiana, 47 (3). pp. 517-522. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil3_2...

Abstract

Enzim RNA-bergantung RNA polimerase adalah sasaran dadah yang menarik untuk mengubati jangkitan denggi. Analog nukleosida menyerupai substrat asal enzim polimerase. Ia bertindak sebagai perencat atau substrat kepada enzim ini lalu menyebabkan penamatan pramatang bebenang DNA/RNA atau penghasilan DNA/RNA yang rosak. Ini akan menghentikan proses replikasi virus. Kajian dok molekul untuk mengenal pasti interaksi molekular antara enzim dan ligannya telah dilakukan berdasarkan maklumat yang diperoleh berkenaan struktur kristal domain RdRp. Tapak pengikat-ligan domain RdRp yang terdiri daripada sisa asid amino Asn492, Asn405, Lys401, Thr605 dan Gly601 telah dikenal pasti setelah pengedokan analog nukleosida yang boleh didapati secara komersial dijalankan. Pengedokan analog nukleosida yang menyerupai substrat asal RdRp ke dalam tapak pengikat menunjukkan mod pengikat-ligan dengan ikatan hidrogen, aromatik-π dan interaksi cas adalah interaksi utama yang terlibat. Kajian ini juga memberi maklumat berkenaan farmakofor analog nukleosida yang boleh digunakan dalam reka-bentuk dadah berasaskan struktur terhadap sasaran penting ini.

Item Type:Article
Keywords:Analog nukleosida; Dok molekul; Enzim RdRp; Tapak pengikat-ligan; Virus denggi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12033
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Sep 2018 06:40
Last Modified:09 Sep 2018 23:21

Repository Staff Only: item control page