Pemerhatian arus ionosfera semasa suar suria kuat menggunakan data magnetometer dasar

N.M.N. Annadurai, and N.S.A. Hamid, and A. Yoshikawa, (2018) Pemerhatian arus ionosfera semasa suar suria kuat menggunakan data magnetometer dasar. Sains Malaysiana, 47 (3). pp. 595-601. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil3_2...

Abstract

Suar suria merujuk kepada aktiviti matahari yang ditafsirkan sebagai cahaya terang yang meletus secara tiba-tiba dari permukaan matahari. Ia mampu menjejaskan sistem ionosfera bumi justeru mengganggu mana-mana arus yang mengalir di lapisan tersebut. Kejadian ini dapat diperhatikan melalui pemerhatian data magnetometer yang dicerap di bumi. Kesan umum suar suria adalah peningkatan kekonduksian ionosfera seterusnya meningkatkan keamatan arus namun didapati terdapat beberapa suar suria mampu memberikan kesan sebaliknya. Terdapat kajian yang melaporkan bahawa satu suar suria mampu meningkatkan keamatan arus di sesetengah kawasan dan pengurangan keamatan pada kawasan yang lain. Kajian lepas pula lebih tertumpu kepada kesan suar suria pada kawasan sektor tertentu atau setempat. Walau bagaimanapun, kajian ini mengambil pendekatan untuk menganalisis sifat suar suria dan kesannya menggunakan taburan data yang lebih meluas iaitu melibatkan stesen magnetometer yang dipasang di lima sektor. Data yang digunakan adalah daripada jaringan Magnetic Data Acquisition System/Circum Pan Magnetometer Network Pacific (MAGDAS/CPMN) dan suar suria dikenal pasti melalui data fluks sinar-X yang dicerap daripada satelit Geostationary Operational Environmental Satellite 15 (GOES 15). Keputusan kajian menunjukkan kesan suar suria yang tidak pernah ditemui sebelum ini iaitu pengurangan keamatan arus pada semua data cerapan di khatulistiwa magnetik dan punca yang dicadangkan adalah kewujudan arus elektrojet berlawanan. Selain itu, keputusan kajian turut mendapati bahawa suar suria tersebut berlaku pada fasa pemulihan ribut geomagnet semasa soltis Jun dalam fasa suria menaik.

Item Type:Article
Keywords:Arus ionosfera; Medan geomagnet; Suar suria
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12043
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2018 00:02
Last Modified:09 Sep 2018 23:36

Repository Staff Only: item control page