Maideen H., and Syazwani B., and Nik Norhazrina N.M.K, and Nur-Aliah M.K, and Noraini T., and Nur Farhanim I., (2018) Anatomi rizom dan stip genus Pleocnemia Presl (Tectariaceae) di Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 47 (4). pp. 645-649. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num4_2...
Abstract
Kajian anatomi rizom dan stip telah dijalankan ke atas empat spesies Pleocnemia yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu P. irregularis, P. conjugata, P. hemiteliiformis dan P. olivacea untuk mengkaji variasi ciri yang terdapat pada rizom dan stip ini. Kajian ini melibatkan keratan rentas stip dan rizom dengan menggunakan mikrotom gelongsor. Ciri anatomi stip seperti bentuk luaran, corak kehadiran sel sklerenkima di bawah epidermis, jenis dan bentuk stel dan ciri anatomi rizom seperti kehadiran sel rembes tanin dan kehadiran serta jenis trikom pada sesetengah spesies boleh digunakan untuk pengecaman spesies. Ciri sepunya bagi spesies Pleocnemia yang dikaji ialah kehadiran sel sklerenkima mengelilingi stel dan di bawah lapisan sel epidermis, stel jenis kompleks serta stel bagi kesemua spesies kajian berbentuk protostel primitif (bulat). Antara ciri diagnosis yang ditemui dalam kajian ini ialah bentuk luaran stip, bilangan lapisan skelerenkima di bawah epidermis, kehadiran sel rembes tanin bagi spesies P. irregularis dan P. hemiteliiformis serta kehadiran jenis trikom yang berbeza dalam keempat-empat spesies. Ciri diagnosis ini adalah ciri yang baik untuk pengecaman spesies kajian. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa ciri anatomi stip dan rizom mempunyai nilai taksonomi dalam genus Pleocnemia dan boleh digunakan sebagai data sokongan untuk pengecaman dan pembezaan spesies.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Anatomi; Pleocnemia; Protostel primitif; Rizom; Semenanjung Malaysia |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 12048 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Sep 2018 03:57 |
Last Modified: | 16 Sep 2018 23:00 |
Repository Staff Only: item control page