Kebolehserapan metilena biru oleh hidrogel selulosa bakteria teradiasi gamma menggunakan isoterma langmuir dan freundlich

Azwan Mat Lazim, and Adil Hakam Osman, and Maryam Mokhtarom, (2018) Kebolehserapan metilena biru oleh hidrogel selulosa bakteria teradiasi gamma menggunakan isoterma langmuir dan freundlich. Sains Malaysiana, 47 (4). pp. 715-723. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
966kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil4_2...

Abstract

Kajian ini bertujuan menghasilkan hidrogel responsif berasaskan selulosa bakteria yang diperoleh daripada Nata de Coco (NDC) dan asid akrilik (AA). Tiga jenis sampel telah disediakan berdasarkan nisbah NDC:AA iaitu sampel hidrogel A [1:1], B [2:1] dan C [3:1]. Pencangkukan AA terhadap molekul NDC menggunakan kaedah pempolimeran radikal Gamma (GRP) menghasilkan hidrogel NDC-AA (sumber: 60Co). Kaedah yang menggunakan tenaga yang tinggi ini akan menghasilkan radikal bebas seperti OH•, H•, H2O2 dan H2. Kesemua radikal ini menyerang kumpulan berfungsi yang terdapat pada NDC dan AA seterusnya menggalakkan proses pencangkukan AA terhadap NDC. Hidrogel B [2:1] dipilih dan diuji sebagai penjerap metilena biru (MB) dan perubahan keamatannya telah dianalisis menggunakan spektrofotometer UV-VIS. Keputusan yang diperoleh telah diselaraskan dengan dua model isoterma, Langmuir dan Freundlich. Perbandingan pemalar bagi kedua-dua model isoterma ini mendapati hidrogel B [2:1] yang dihasilkan telah mematuhi kedua-dua model isoterma. Keputusan yang diperoleh ini menyokong keupayaan hidrogel B [2:1] untuk digunakan sebagai penjerap alternatif MB yang paling efisien.

Item Type:Article
Keywords:Hidrogel; Metilena biru; Penjerapan; Selulosa bakteria; Teknik sinaran gamma
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12056
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Sep 2018 00:02
Last Modified:16 Sep 2018 23:20

Repository Staff Only: item control page