Perbandingan dos sinaran antara prosedur urografi intravena (IVU) dan tomografi berkomputer helikal tanpa kontras (UHCT) Urografi

Akmal Sabarudin, and Kanaga Kumari Chelliah, and Hamzaini Abdul Hamid, (2018) Perbandingan dos sinaran antara prosedur urografi intravena (IVU) dan tomografi berkomputer helikal tanpa kontras (UHCT) Urografi. Sains Malaysiana, 47 (4). pp. 773-779. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil4_2...

Abstract

Urografi intravena (IVU) dan tomografi berkomputer helikal tanpa kontras (UHCT) urografi adalah dua prosedur utama yang akan dijalankan semasa kajian radiologi bagi pengesanan urolitiasis (batu karang) pada sistem genitourinari. Dedahan terhadap sinaran radiasi merupakan faktor kebimbangan utama dalam kedua-dua prosedur. Oleh itu, satu kajian perbandingan dos sinaran telah dijalankan antara prosedur IVU dan UHCT urografi di samping menentukan faktor dedahan optimum bagi kedua-dua prosedur tersebut. Kajian ini telah dijalankan ke atas fantom antropomorfi seluruh tubuh mengikut protokol sebenar bagi prosedur UHCT urografi dan penghasilan radiografi bersiri beserta dengan pemberian media berkontras bagi prosedur IVU. Sebanyak tiga parameter dedahan voltan tiub digunakan iaitu 75, 80 dan 85 kVp bagi prosedur IVU dan 100, 120 dan 140 kVp bagi prosedur UHCT urografi. Hasil dos sinaran bagi prosedur IVU yang diperoleh adalah 1.40, 2.10 dan 2.79 mSv bagi 75, 80 dan 85 kVp. Manakala bagi prosedur UHCT urografi, sebanyak 0.76, 1.32 dan 1.82 mSv dos sinaran direkodkan bagi 100, 120 dan 140 kVp. Hasil kualiti imej optimum adalah menggunakan dedahan sebanyak 85 kVp bagi prosedur IVU dan 120 kVp bagi prosedur UHCT urografi. Kesimpulannya, walaupun tidak terdapat perbezaan signifikan, dos sinaran yang terhasil daripada prosedur IVU adalah tekal lebih tinggi daripada prosedur UHCT urografi.

Item Type:Article
Keywords:Dos sinaran; Kualiti imej; Tomografi berkomputer helikal tanpa kontras urografi; Urografi intravena
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12063
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Sep 2018 03:30
Last Modified:16 Sep 2018 23:29

Repository Staff Only: item control page