Nurul Aqidah Mohd Sinin, and Mohd Adib Ibrahim, and Suhaila Sepeai, and Mohd Asri Mat Teridi, and Norasikin Ahmad Ludin, and Kamaruzzaman Sopian, and Saleem H. Zaidi, (2018) Kebergantungan suhu dengan penggunaan tiub kuarza relau ke atas sel suria dwi-muka. Sains Malaysiana, 47 (4). pp. 789-795. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil4_2...
Abstract
Sel suria digunakan untuk menawan foton untuk menjana tenaga. Walau bagaimanapun, penambahbaikan sel diperlukan untuk meningkatkan jumlah penangkapan foton dan juga untuk meningkatkan kecekapan sel. Ini melibatkan keseluruhan proses pembuatan sel, dengan proses penyepuhlindapan adalah salah satu daripada langkah penting yang perlu dioptimumkan. Percetakan perlogaman menggunakan dwi pembakaran merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam penghasilan sel suria kristal secara komersial. Aluminium (Al) digunakan pada bahagian belakang sel sebagai medan permukaan belakang dan penyambung belakang manakala perak (Ag) dicetak pada bahagian hadapan sebagai grid pemungut. Proses dwi pembakaran bagi komponen ini adalah penting dalam menentukan kecekapan sel. Oleh itu, dalam kajian ini, rawatan pembakaran telah dikaji dengan menggunakan relau tiub kuarza (QTF) dengan perubahan suhu pembakaran (700, 750, 800 and 850°C) sebagai satu percubaan untuk mendapatkan kecekapan yang tinggi serta meningkatkan kesan pemirauan persimpangan Ag. Apabila suhu meningkat, sifat elektrik sel suria dwi-muka juga turut meningkat. Kebergantungan suhu menunjukkan rintangan pirau yang tinggi disebabkan oleh proses penyejukan yang pantas selepas proses pembakaran dan seterusnya membawa kepada faktor isi dan kecekapan sel yang tinggi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kebergantungan suhu; Medan permukaan belakang; Pemirauan persimpangan; Sel suria dwi-muka; Tiub kuarza relau |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 12065 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Sep 2018 03:42 |
Last Modified: | 16 Sep 2018 23:32 |
Repository Staff Only: item control page