Maria Abu Bakar, and Azman Jalar, and Roslina Ismail, (2018) Penilaian semula pengukuran kuantitatif stereometri terhadap pertumbuhan sebatian antara logam bagi sambungan pateri. Sains Malaysiana, 47 (4). pp. 805-810. ISSN 0126-6039
|
PDF
778kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil4_2...
Abstract
Pencerapan dua dimensi (2D) yang diperoleh daripada keratan rentas sampel selalunya digunakan untuk mendapatkan maklumat ketebalan lapisan sebatian antara logam (IMC). Walau bagaimanapun, pencerapan 2D amatlah terhad berbanding maklumat yang sepatutnya diperoleh daripada struktur tiga dimensi (3D) sampel. Kajian ini bertujuan untuk menilai semula kaedah pengukuran lapisan IMC daripada pemerhatian 2D dengan mempertimbangkan faktor-faktor sebenar dalam bentuk 3D IMC. Nilai mod ketebalan didapati lebih mewakili nilai ketebalan IMC setelah mempertimbangkan pelbagai faktor stereometri berbanding dengan nilai purata. Ini memberikan suatu penanda aras dalam aktiviti menentukan ketebalan lapisan IMC berdasarkan pencerapan 2D daripada struktur 3D.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ketebalan pertumbuhan sebatian antara logam; Metalografi kuantitatif; Pertumbuhan sebatian antara logam; Stereologi |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 12067 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Sep 2018 04:51 |
Last Modified: | 16 Sep 2018 23:34 |
Repository Staff Only: item control page