Pengaruh suhu sinteran terhadap kebioaktifan wolastonit daripada abu sekam padi dan batu kapur

Farah Atiqah Abdul Azam, and Hamisah Ismail, and Roslinda Shamsudin, and Ng, Min Hwei and Zalita Zainuddin, and Muhammad Azmi Abdul Hamid, (2018) Pengaruh suhu sinteran terhadap kebioaktifan wolastonit daripada abu sekam padi dan batu kapur. Sains Malaysiana, 47 (4). pp. 819-827. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num4_2...

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan rawatan suhu yang berbeza terhadap kebioaktifan wolastonit yang disintesis menggunakan teknik sol gel. Abu sekam padi dan batu kapur digunakan sebagai bahan awalan untuk menghasilkan wolastonit. Nisbah campuran kalsium oksida dan silika dioksida CaO/SiO2 ditentukan pada 55:45 dan dimasukkan ke dalam autoklaf pada suhu 135°C dengan tekanan 0.26 MPa selama 8 jam. Campuran serbuk CaO dan SiO2 tersebut disinter pada suhu yang berbeza (1150°C dan 1250°C) dan diuji sifat kebioaktifan secara rendaman dalam larutan cecair badan tersimulasi (SBF) selama 1,3,5,7 dan 14 hari secara in vitro. Sifat fizikal dan kebioaktifan wolastonit sebelum dan selepas direndam dalam larutan SBF dan beberapa pencirian telah dijalankan menggunakan teknik analisis XRD, FESEM, EDX dan FTIR. Campuran serbuk CaO-SiO2 yang telah diautoklaf dan disinter pada suhu 1250°C menghasilkan puncak tunggal pseudowolastonit. Ujian kebioaktifan menunjukkan lapisan amorfus kalsium fosfat (ACP) dengan julat nisbah Ca/P 1.9-1.51 terbentuk lebih pantas pada sampel wolastonit yang disinter pada suhu 1250°C berbanding pembentukan ACP pada sampel tersinter 1150°C.

Item Type:Article
Keywords:Abu sekam padi; Batu kapur; Kebioaktifan; Wolastonit
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12070
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Sep 2018 06:52
Last Modified:16 Sep 2018 23:16

Repository Staff Only: item control page