Pembandingan kesan faktor pelekangan (Fd) ke atas bahan komposit plastik bertetulang ekaarah dan bertenun semasa proses pemesinan kisar

H. Azmi, and Che Hassan Che Haron, and Jaharah A. Ghani, and M. Suhaily, (2018) Pembandingan kesan faktor pelekangan (Fd) ke atas bahan komposit plastik bertetulang ekaarah dan bertenun semasa proses pemesinan kisar. Sains Malaysiana, 47 (4). pp. 829-838. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num4_2...

Abstract

Serabut kenaf merupakan salah satu serabut berasaskan tumbuhan di dalam kumpulan serabut asli yang semakin luas penggunaannya. Serabut kenaf dicampurkan dengan bahan plastik (epoksi) bagi menghasilkan suatu bahan baharu dengan sifat mekanikal yang baik dengan kos pembuatan yang rendah. Bahan kerja ini terbahagi kepada dua jenis iaitu serabut kenaf ekaarah dan serabut kenaf tenunan. Uji kaji ini akan menumpukan kepada pembandingan kesan faktor pelekangan Fd yang terhasil semasa proses pemesinan kisar ke atas bahan komposit tersebut dengan penentuan set parameter mesin yang paling optimum bagi mengurangkan kesan Fd. Uji kaji dijalankan berdasarkan analisis kaedah gerak balas permukaan (RSM) dengan pendekatan reka bentuk Box-Behnken bagi mendapatkan hasil faktor bersandar terhadap sambutan. Faktor yang terlibat adalah kelajuan pemotongan, kadar suapan dan kedalaman pemotongan. Proses pengisaran secara lelurus (lurah) dilakukan bagi melihat kesan Fd yang terhasil dengan menggunakan perkakasan mata alat jenis Keluli Berkelajuan Tinggi (HSS) tidak bersalut hujung rata berdiameter 10 mm. Imej daripada mikroskop menunjukkan bahan komposit serabut kenaf ekaarah menghasilkan faktor pelekangan yang tinggi berbanding kesan ke atas bahan komposit serabut kenaf bertenun. Bagi set parameter optimum pula, bahan kerja serabut kenaf ekaarah ialah kelajuan pemotongan, kadar suapan dan kedalaman pemotongan yang rendah. Manakala bagi bahan kerja serabut kenaf bertenun, set parameter optimum adalah kelajuan pemotongan yang rendah dengan kadar suapan dan kedalaman pemotongan yang tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Faktor pelekangan; Optimum; RSM Box-Behnken
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12071
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Sep 2018 06:59
Last Modified:16 Sep 2018 23:15

Repository Staff Only: item control page