Cheku Nurul Aisyah, and Ahmad Fudholi, and Mohd Yusof Othman, and Adnan Ibrahim, and Mohd Hafidz Ruslan, and Kamaruzzaman Sopian, (2018) Kecekapan pengumpul PV/T menggunakan pengumpul terma reka bentuk pilin. Sains Malaysiana, 47 (4). pp. 853-859. ISSN 0126-6039
|
PDF
952kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num4_2...
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan mengkaji prestasi pengumpul fotovoltan-terma (PV/T) dengan menggunakan reka bentuk pengumpul terma aliran air secara pilin. Reka bentuk pengumpul terma aliran air secara pilin telah dibina semula daripada reka bentuk penyelidik sebelum ini. Pengumpul terma ini menggunakan saiz tiub yang lebih besar dan jarak antara tiub lebih dekat berbanding dengan reka bentuk penyelidik sebelum ini. Pengumpul PV/T ini telah diuji di bawah tiga keamatan yang berbeza iaitu 300, 500 dan 700 W/m2 serta diuji pada kadar aliran jisim air yang berbeza iaitu 0.01, 0.02 dan 0.04 kg/s. Pada keadaan yang sama, kecekapan fotovoltan, terma dan tergabung juga menunjukkan nilai yang paling tinggi, iaitu 4.18%, 76.68% dan 80.86%. Kecekapan terma yang dihasilkan pada kajian ini lebih tinggi dibandingkan dengan kajian sebelumnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Elektrik; Kecekapan; Tenaga suria; Terma |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 12073 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Sep 2018 07:16 |
Last Modified: | 16 Sep 2018 23:11 |
Repository Staff Only: item control page