Penentuan kepekatan radionuklid tabii dan indeks bahaya radiologi akibat penggunaan Condisoil® ke atas penanaman Hibiscus cannabinus (Kenaf)

Aznan Fazli Ismail, and Khairiah Rosli, and Wan Mohd Razi Idris, and Sahibin Abd. Rahim, (2018) Penentuan kepekatan radionuklid tabii dan indeks bahaya radiologi akibat penggunaan Condisoil® ke atas penanaman Hibiscus cannabinus (Kenaf). Sains Malaysiana, 47 (5). pp. 893-901. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num5_2...

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan kepekatan aktiviti radionuklid tabii (226Ra, 228Ra dan 40K) dalam tanah, air dan tumbuhan serta faktor pemindahan daripada tanah kepada tumbuhan dan indeks bahaya radiologi akibat penggunaan Condisoil®. Sebanyak 4 sampel tanah, 14 sampel air dan 4 sampel tumbuhan telah dianalisis menggunakan sistem spektometri sinar gama. Keputusan kajian mendapati julat kepekatan aktiviti 226Ra, 228Ra dan 40K dalam sampel tanah yang menggunakan Condsoil® masing-masing adalah 13.8 - 17.6, 15.7 - 21.0 dan 44.5 - 57.7 Bq kg-1. Julat kepekatan aktiviti 226Ra, 228Ra dan 40K dalam sampel tumbuhan pula masing-masing adalah 5.0 - 18.5, 0.1 - 1.5 dan 42.7 - 321.8 Bq kg-1. Bagi sampel air, julat kepekatan aktiviti bagi radionuklid 226Ra, 228Ra dan 40K masing - masing adalah 0.3 - 0.9, 0.3 - 3.9 dan 1.4 - 11.6 Bq L-1. Julat faktor pemindahan radionuklid 226Ra, 228Ra dan 40K daripada tanah ke tumbuhan masing-masing adalah 0.42 - 0.71, 0.01 - 0.08 dan 0.85 - 5.34. Penilaian bahaya radiologi mendapati indeks kesetaraan radium berada di bawah nilai had yang dicadangkan iaitu 370 Bq kg-1. Sehubungan dengan itu, kajian ini mendapati penggunaan Condisoil® sebagai bahan penambahbaikan tanah tidak menyebabkan pertambahan radionuklid tabii ke dalam alam sekitar serta tidak mendatangkan risiko bahaya radiologi kepada manusia.

Item Type:Article
Keywords:Bahaya radiologi; Condisoil®; Radionuklid tabii; Sisa industri
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12077
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Sep 2018 07:40
Last Modified:22 Sep 2018 10:32

Repository Staff Only: item control page