Kesan pigmen pewarna terhadap pertumbuhan sebatian antara logam sambungan pateri Sn-3.0Ag-0.5Cu

Azman Jalar, and Maria Abu Bakar, and Roslina Ismail, and Najib Saedi Ibrahim, and Mohd Ariffin Ambak, (2018) Kesan pigmen pewarna terhadap pertumbuhan sebatian antara logam sambungan pateri Sn-3.0Ag-0.5Cu. Sains Malaysiana, 47 (5). pp. 1005-1010. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
600kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num5_2...

Abstract

Pewarnaan pes pateri membuka suatu ruang kepada keperluan dalam teknologi untuk proses pengenalpastian, penandaan, piawaian, pengujian dan penilaian terhadap antarasambungan pes pateri. Dua jenis pigmen pewarna iaitu hijau (G) dan bercahaya dalam gelap (GD) digunakan untuk mengkaji kesan pewarnaan sambungan pateri ke atas kestabilan antarasambungan pateri Sn-3.0Ag-0.5Cu (SAC 305). Pes pateri tanpa warna digunakan sebagai sampel kawalan untuk membandingkan keputusan kajian. Uji kaji penuaan sesuhu digunakan untuk melihat perubahan pertumbuhan sebatian antara logam (IMC). Pigmen pewarna GD dengan peratusan sebanyak 5% telah menunjukkan kestabilan pertumbuhan IMC dengan perubahan pertumbuhan yang paling rendah iaitu sebanyak 5.6 μm bagi sambungan pateri yang berwarna berbanding dengan peratusan pigmen pewarna yang lebih tinggi dengan perubahan pertumbuhan IMC sehingga 9 μm selepas didedahkan kepada penuaan sesuhu pada 150°C selama 1000 jam. Walau bagaimanapun, kestabilan pertumbuhan IMC dengan penggunaan pes pateri berwarna adalah lebih rendah berbanding dengan pes pateri tidak berwarna. Maka penambahan pigmen pewarna hendaklah dipertimbangkan dengan mengambil kira kestabilan mikrostruktur dan pertumbuhan lapisan IMC supaya tidak menjejaskan kualiti dan kebolehharapan sesuatu sambungan pateri.

Item Type:Article
Keywords:Bahan pateri Sn-Ag-Cu; Pateri berwarna; Pertumbuhan sebatian antara logam; Pigmen pewarna; Sambungan pateri
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12089
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2018 06:19
Last Modified:22 Sep 2018 11:03

Repository Staff Only: item control page