Pengoptimuman parameter sonikasi dan pengacauan magnetik bagi mendapatkan penyerakan sebati komposit kuprum-grafin berdasarkan sifat morfologi

Nor Nabilla Kadiman, and Julie Elvyana Romli, and Norhamidi Muhamad, and Abu Bakar Sulong, and Farhana Mohd Foudzi, (2018) Pengoptimuman parameter sonikasi dan pengacauan magnetik bagi mendapatkan penyerakan sebati komposit kuprum-grafin berdasarkan sifat morfologi. Sains Malaysiana, 47 (5). pp. 1039-1043. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num5_2...

Abstract

Kajian mengenai grafin kini semakin meluas disebabkan sifat kebolehaliran terma yang mampu meningkatkan potensi bahan komposit. Penambahan grafin dalam matriks kuprum dikaji dengan menggunakan gabungan bahan pengikat iaitu polietilena glikol (PEG), polimetil metakrilat (PMMA) dan asid stearik. Penggunaan grafin sebagai bahan pengisi dalam matriks kuprum merupakan pendekatan baru yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehaliran terma produk yang dihasilkan. Namun, penambahan grafin dalam matriks kuprum boleh menyebabkan ketidaksamarataan zarah komposit kerana penggumpalan zarah-zarah grafin. Oleh itu, kaedah sonikasi dan pengacauan magnetik semasa proses pra-campuran digunakan bagi menghasilkan bahan suapan yang sebati dan penyerakan grafin yang lebih baik tanpa penggumpalan. Suhu proses sonikasi telah ditetapkan pada 55˚C dengan masa sonikasi yang berbeza iaitu 30 minit, 60 minit dan 90 minit. Bagi proses pengacauan magnetik, parameter yang digunakan adalah 55˚C, selama 21 jam pada kelajuan yang berbeza iaitu 300, 350 dan 400 rpm. Analisis imej Pancaran Medan Mikroskopi Elektron Pengimbasan (FESEM) dan Pemetaan EDX telah dijalankan bagi mengkaji penyerakan grafin dalam komposit kuprum grafin. Keputusan menunjukkan hasil yang lebih baik diperoleh selepas proses sonikasi dan pengacauan magnetik dijalankan. Penyerakan terbaik yang lebih seragam dan sebati diperoleh pada masa sonikasi 60 min dan pengacauan magnetik pada kelajuan sederhana iaitu 350 rpm. Zarah grafin didapati kurang bertumpu pada satu tempat dan penggumpalan semula juga tidak berlaku. Penyerakan sebati ini menjadikan hubungan antara muka zarah-zarah grafin dan kuprum menjadi lebih baik seterusnya mampu mengurangkan keliangan bagi penghasilan jasad akhir.

Item Type:Article
Keywords:Grafin; Komposit; Kuprum; Penyerakan; Sonikasi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12094
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Sep 2018 07:00
Last Modified:22 Sep 2018 10:36

Repository Staff Only: item control page