Teori Maslow dalam konteks memenuhi keperluan asas pekerja dan peranannya dalam meningkatkan prestasi organisasi: kajian dan perspektif Islam

Ridzuan Masri, and Arman Ahmad, and Razlina Abd Rani, (2018) Teori Maslow dalam konteks memenuhi keperluan asas pekerja dan peranannya dalam meningkatkan prestasi organisasi: kajian dan perspektif Islam. Jurnal Hadhari, 10 (1). pp. 1-27. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
697kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1090

Abstract

Teori hierarki keperluan Maslow yang menerangkan aras keperluan manusia telah digunapakai secara meluas dan diterima dalam dunia akademik dan pengamal pengurusan organisasi moden untuk meningkatkan prestasi organisasi. Walaupun begitu, ianya tidak langsung memiliki unsur-unsur yang bersifat pembinaan aspek kerohanian. Justeru, kajian konseptual ini bertujuan untuk meneruskan legasi dan usaha Islamisasi ilmu dengan memilih teori hierarki keperluan Maslow iaitu tingkat keperluan asas untuk dibincang, dibahas dan dihubungkan dengan kerangka ilmu-ilmu Islam sedia ada. Analisis terhadap ilmu moden dibincangkan melalui perbincangan dari sudut tasawwur Islam. Kajian ini juga mengemukakan idea Islamisasi melalui tiga (3) pendekatan utama dalam teori Maslow iaitu pengetahuan tentang muamalah, adab dan akhlak, dan juga pengetahuan tentang budaya organisasi. Melalui ketiga-tiga pendekatan utama tersebut, seseorang pekerja dapat melaksanakan tugasannya secara berkesan seterusnya meningkatkan prestasi organisasi secara holistik menerusi landasan-landasan syariat. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah hermeneutik iaitu interpretasi teks terutamanya kitab Ihyā’Ulumuddin karangan Imam al-Ghāzalī.

Item Type:Article
Keywords:Islamisasi; Maslow; Fisiologi; Muamalah; Adab dan akhlak; Budaya organisasi
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:12099
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2018 00:19
Last Modified:23 Sep 2018 05:41

Repository Staff Only: item control page