Warisan kegemilangan pendidikan Islam di Andalus

Ahmad Nabil Amir, (2018) Warisan kegemilangan pendidikan Islam di Andalus. Jurnal Hadhari, 10 (1). pp. 49-61. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
421kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1090

Abstract

Makalah ini menganalisis kerangka asas dari falsafah pendidikan yang dibangunkan dalam sejarah dan tamadun Islam di Andalus. Permasalahan kajian adalah bagaimana merealisasikan kegemilangan peradaban dan pendidikan Islam yang dicapai di Andalus dalam pemberdayaan pendidikan dan intelek di Malaysia. Objektif kajian adalah bagi membahaskan konsep pendidikan dan pemikiran yang berkembang di Andalus pada kurun ke-8 hingga ke-14 M (92/711H-897/1492M). Kaedah pendidikan yang dirangka daripada faham tauhid ini telah mencetuskan kebangkitan akliah dan menghasilkan tradisi pemikiran yang dinamik dan progresif. Metode kajian adalah berdasarkan kajian perpustakaan yang menyorot dan menganalisis penulisanpenulisan klasik dan moden yang menghuraikan tentang sejarah dan asas pendidikan Islam di Andalus. Penelitian ini dilakukan secara kualitatif dalam menganalisis sumber dan data. Ia berusaha menghuraikan falsafah dan praktik pendidikan ini dan sumbangannya dalam menggembleng harakat pendidikan dan peradaban yang bertahan selama lebih lapan abad di Andalus. Dapatan kajian mendapati bahawa Andalus telah membawa pencerahan ilmu dan budaya yang bermakna dan meletakkan asas yang penting dalam pendidikan yang dapat dikembangkan dan dipugar dalam kursus pengajian Andalus (Andalusian Studies) di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Andalus; Praktik pendidikan; Falsafah; Tradisi akliah
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:12101
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2018 00:38
Last Modified:23 Sep 2018 05:44

Repository Staff Only: item control page