Pendekatan motivasi dalam dakwah remaja

Mohd Hamdan Abdullah, and Fariza Md. Sham, and A'dawiyah Ismail, (2018) Pendekatan motivasi dalam dakwah remaja. Sains Malaysiana, 10 (1). pp. 77-92. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
567kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1090

Abstract

Remaja masa kini terdiri daripada golongan generasi Z. Mereka berhadapan dengan cabaran media sosial yang boleh mempengaruhi pemikiran, budaya, nilai dan pegangan agama. Jika tidak diurus dengan baik, golongan remaja boleh menyimpang dari budaya dan nilai-nilai Islam yang menjadi teras kepada budaya masyarakat di Malaysia. Untuk membentuk pemikiran, nilai dan akhlak golongan remaja, memerlukan satu pendekatan dakwah yang sesuai dengan zaman dan psikologi mereka. Salah satu pendekatan psikologi dakwah yang boleh digunakan untuk membimbing golongan remaja ialah melalui pendekatan motivasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji konsep motivasi dan hubungannya dengan konsep al-Targhīb dan al-Tarhīb yang boleh diaplikasi kepada remaja ke arah meningkatkan kehidupan beragama dan mencegah mereka daripada terlibat dalam salah laku. Metode yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen al-Quran, hadis dan hasil kajian dalam bentuk buku, jurnal dan kertas kerja dijadikan rujukan asas. Setiap dokumen diteliti, analisis dan ditentukan tema yang sesuai untuk dijadikan sebagai hujah dalam perbincangan. Hasil kajian mendapati, konsep motivasi mempunyai persamaan dengan pendekatan dakwah iaitu al-Targhīb dan al-Tarhīb. Pendekatan al-Targhīb dan al-Tarhīb amat bersesuaian dalam pengkajian tentang kehidupan beragama remaja. Ini kerana dalam unsur al- Targhīb dan al-Tarhīb, sesuai dengan fitrah manusia yang menyukai motivasi dan dorongan serta takut pada gertakan dan amaran. Pendekatan mampu membimbing dan mengingatkan manusia tentang ganjaran pahala dan syurga serta balasan dosa dan neraka. Peneguhan pendekatan al-Targhīb dan al-Tarhīb terhadap remaja bukan sahaja mampu mendorong ke arah kebaikan tetapi juga terdorong untuk meninggalkan segala kemungkaran, bagi membentuk jati diri yang teguh pegangan agama.

Item Type:Article
Keywords:Motivasi; Pendekatan dakwah; Remaja; al-Targhīb; al-Tarhīb
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12103
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2018 01:16
Last Modified:23 Sep 2018 05:46

Repository Staff Only: item control page