Kaedah pengajaran subjek Hifz al-Qur’an terhadap pelajar tahfiz di Marsah, Johor

Intan Zakiah Jamaluddin, and Mohamad Khairi Othman, and Mohd Zailani Mohd. Yusof, and Mardzelah Makhsin, (2018) Kaedah pengajaran subjek Hifz al-Qur’an terhadap pelajar tahfiz di Marsah, Johor. Jurnal Hadhari, 10 (1). pp. 109-124. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
14MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1090

Abstract

Kajian ini menganalisis tentang pelajar tahfiz terhadap kaedah pengajaran subjek di Jabatan Tahfiz al-Quran, Kolej Pengajian Islam, Johor (Marsah). Seramai enam orang responden telah dipilih, iaitu tiga orang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan yang menduduki semester akhir, iaitu seramai enam orang. Bilangan ini adalah memadai bagi analisis penerokaan data kualitatif. Pemilihan responden pada tahap ini adalah berasaskan kepada gred pencapaian dalam subjek Ḥifẓ al-Qur’an iaitu gred pencapaian mumtaz (cemerlang), jayyid (baik) dan maqbul (lulus). Bagi tujuan menilai kaedah pengajaran subjek Ḥifẓ al-Qur’an, sesi temu bual telah dijalankan ke atas pelajar. Kandungan temu bual merangkumi ilmu, kemahiran dan personaliti pensyarah, aktiviti pengajaran serta amalan pengajaran subjek Ḥifẓ al-Qur’an yang digunakan oleh pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah subjek Ḥifẓ al-Qur’an menggunakan kaedah tersendiri dalam pengajaran di samping menekankan tatacara pembacaan al-Quran. Dari segi aktiviti pengajaran subjek Hifz al-Quran, pensyarah melaksanakan aktiviti tasmī. Dari segi amalan pengajaran pensyarah, menjalankan aktiviti murājaʿaṯ pada setiap hari. Pensyarah turut memberikan tanggungjawab menghafaz al-Quran secara formal di hadapan pensyarah kepada pelajar lelaki pada setiap hari, manakala bagi pelajar perempuan, pensyarah mengkhususkan aktiviti murajaʿaṯ semasa maʿdhuraṯ. Secara keseluruhannya, terdapat beberapa elemen yang harus diberi perhatian bagi meningkatkan pengajaran subjek Ḥifẓ al-Qur’an seperti penekanan aspek murājaʿaṯ dan usaha meningkatkan gred pencapaian pelajar perempuan.

Item Type:Article
Keywords:Hifz al-Qur'an; Pelajar tahfiz; Kaedah pengajaran
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:12105
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Sep 2018 01:48
Last Modified:23 Sep 2018 05:48

Repository Staff Only: item control page