Sintesis dan pencirian kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina dan kajian interaksi dengan DNA denggi

Eda Yuhana Ariffin, and Lee, Yook Heng and Tan, Ling Ling and Nurul Huda Abd Karim, (2018) Sintesis dan pencirian kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina dan kajian interaksi dengan DNA denggi. Sains Malaysiana, 47 (6). pp. 1139-1146. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
757kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil6_2...

Abstract

Pembangunan model biosensor DNA berasaskan pengikatan dan interaksi kompleks logam sebagai penanda penghibridan DNA boleh digunakan untuk diagnosis awal virus denggi melalui penghibridan DNA denggi sebagai DNA sasaran. Kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina berjaya disintesis dan pencirian dijalankan dengan menggunakan Spektroskopi Magnetik Nukleus (NMR), Spektroskopi inframerah (FTIR), spektrometri jisim dan kolorimetri pengimbasan pembezaan. Jenis perikatan dan interaksi antara kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina dan DNA denggi dikaji dengan pentitratan DNA ultralembayung nampak. Berdasarkan spektrum ultralembayung nampak, hipokromisme dan anjakan merah (batokromisme) diperhatikan apabila kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina dititratkan dengan DNA denggi menunjukkan pembentukan kompleks baru. Kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina berinteraksi dengan DNA denggi secara perikatan interkalasi dengan pemalar perikatan, Kb= 4.576×105 M-1. Penemuan ini sangat berharga dalam menjadikan kompleks nikel(II) salfen sebagai penanda penghibridan bagi biosensor DNA optik untuk mengesan kehadiran virus denggi.

Item Type:Article
Keywords:DNA denggi; Interaksi DNA; Kompleks nikel(II) salfen; Nikel(II) salfen; Pencirian kompleks
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12118
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Sep 2018 04:08
Last Modified:28 Sep 2018 22:03

Repository Staff Only: item control page