Kesan penambahan Kappaphycus alvarezii, gelatin ikan dan gelatin kaki ayam terhadap ciri-ciri kualiti sosej ayam

Nor Hidayah Ismail, and Salma Mohamad Yusop, and Abdul Salam Babji, and Mohamad Yusof Maskat, (2018) Kesan penambahan Kappaphycus alvarezii, gelatin ikan dan gelatin kaki ayam terhadap ciri-ciri kualiti sosej ayam. Sains Malaysiana, 47 (6). pp. 1157-1165. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
405kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil6_2...

Abstract

Kappaphycus alvarezii kaya dengan karagenan yang banyak digunakan dalam industri makanan sebagai agen pemekat dan penstabil. Penggunaan gelatin ikan dan ayam dalam produk makanan dapat menggantikan gelatin lembu yang mempunyai banyak isu terutamanya berkaitan halal dan penyakit lembu gila (BSE). Penyelidikan ini adalah untuk menentukan kesan penambahan Kappaphycus alvarezii, gelatin ikan dan gelatin kaki ayam terhadap ciri-ciri kualiti sosej ayam. Dua formulasi optimum T1 (10% Kappaphycus alvarezii, 3.81% gelatin ikan, 7.63% gelatin kaki ayam) dan T2 (2.57% Kappaphycus alvarezii, 5% gelatin ikan, 7.63% gelatin kaki ayam) telah diperoleh daripada Kaedah Respon Permukaan (RSM) dalam kajian awalan. Kualiti sosej ayam dikaji berdasarkan analisis proksimat dan ujian jangka hayat (pH, nilai TBA dan warna). Ujian jangka hayat dijalankan selama 3 minggu pada suhu penyimpanan 4 ± 1°C Penambahan Kappaphycus alvarezii, gelatin ikan dan gelatin kaki ayam meningkatkan (p<0.05) kandungan protein dan abu tetapi menurunkan (p<0.05) kandungan lemak. Nilai pH bagi sampel T1 dan T2 lebih tinggi berbanding dengan C semasa tempoh penyimpanan. Nilai TBA bagi sampel T1 dan T2 adalah rendah dibandingkan dengan C semasa tempoh penyimpanan. Penambahan Kappaphycus alvarezii, gelatin ikan dan gelatin kaki ayam mengubah warna bagi sampel T1 dan T2 sepanjang tempoh penyimpanan. Penambahan Kappaphycus alvarezii, gelatin ikan dan gelatin kaki ayam mengubah warna sosej ayam sepanjang tempoh penyimpanan. Kajian ini menunjukkan penambahan campuran Kappaphycus alvarezii, gelatin ikan dan gelatin kaki ayam pada tahap optimum menghasilkan sosej ayam yang lebih berkualiti.

Item Type:Article
Keywords:Gelatin ikan; Gelatin kaki ayam; Kappaphycus alvarezii; Sosej ayam; Ujian jangka hayat
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12120
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Sep 2018 04:25
Last Modified:28 Sep 2018 22:07

Repository Staff Only: item control page