Najis (tinja) manusia daripada perspektif Sains dan Islam serta amalan pemakanan sunnah

Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, and Nur Asmadayana Hasim, and Rizafizah Othaman, and Rozida Khalid, and Muhammad Adib Samsudin, and Mohammad Zaini Yahaya, and Zahara Abdul Manaf, and Latifah Amin, and Diani Mardiana Mat Zin, (2018) Najis (tinja) manusia daripada perspektif Sains dan Islam serta amalan pemakanan sunnah. Sains Malaysiana, 47 (6). pp. 1227-1234. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
545kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil6_2...

Abstract

Islam merupakan satu agama yang menitikberatkan kesihatan manusia termasuklah sistem pencernaan manusia. Najis (tinja) manusia yang dibincangkan dalam kajian ini merupakan hasil buangan manusia yang menjadi salah satu kaedah untuk melihat sudut kesihatan manusia. Objektif penyelidikan ini ialah untuk mengkaji fizikokimia dan ciri-ciri najis serta kegunaannya daripada perspektif sains dan sudut pandangan Islam terutamanya mengenai diet yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan ulasan literatur secara deskriptif. Kajian mendapati bahawa sistem pencernaan merupakan satu sistem yang rumit. Tinja terdiri daripada 75% air dan 25% bahan pepejal serta ciri-ciri tinja seperti bentuk, warna dan bau memberi kesan kepada kesihatan manusia. Daripada sudut Islam warna, bau dan rasa tinja merupakan perkara asas yang dititikberatkan semasa proses pembersihan najis terutamanya bagi memulakan sesuatu ibadah. Selain itu, diet, senaman, umur dan jantina merupakan faktor-faktor yang membezakan jenis tinja bagi setiap individu. Malah, kajian ini juga merungkai beberapa alternatif yang kini diguna pakai bagi mengurus najis-najis manusia dalam menjamin kesihatan dan pemeliharaan alam sekitar. Kajian ini kemudiannya mengupas diet makanan-makanan sunnah yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis yang terbukti kaya dengan serat dan sihat untuk manusia terutamanya bagi sistem pencernaan manusia. Oleh itu, najis (tinja) manusia daripada sudut sains mampu menggambarkan kesihatan seseorang dan amalan diet makanan-makanan sunnah sangat baik dalam memelihara sistem pencernaan manusia.

Item Type:Article
Keywords:Al-Quran dan hadis; Kegunaan najis; Kesihatan manusia; Makanan sunnah; Najis (tinja) manusia
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12127
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Sep 2018 07:25
Last Modified:28 Sep 2018 22:39

Repository Staff Only: item control page