Kesan suhu celupan ke atas mikrostruktur dan kekerasan salutan aluminium pada keluli karbon

Emee Marina Salleh, and Zaifol Samsu, and Norinsan Kamil Othman, and Azman Jalar, (2018) Kesan suhu celupan ke atas mikrostruktur dan kekerasan salutan aluminium pada keluli karbon. Sains Malaysiana, 47 (6). pp. 1251-1257. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil6_2...

Abstract

Keluli karbon amat mudah terkakis dalam pelbagai persekitaran terutamanya dalam keadaan berudara lembap dan suhu tinggi. Oleh sebab itu, permukaan keluli karbon perlu dilindungi dengan bahan atau logam yang mampu menangani serangan kakisan yang agresif dengan membentuk lapisan oksida dan lapisan antara logam yang bersifat pelindung. Kajian ini dijalankan untuk menentukan mikrostruktur permukaan dan kekerasan salutan aluminium (Al) tulen yang telah dihasilkan melalui teknik celupan panas. Celupan panas dalam leburan Al tulen dilakukan pada suhu berbeza untuk mendapatkan lapisan salutan yang optimum. Keputusan teknik celupan panas menunjukkan dua lapisan utama terhasil iaitu lapisan luar Al dan lapisan dalam aluminit (Fe-Al). Manakala lapisan dalam aluminida terdiri daripada dua lapisan yang berbeza iaitu lapisan nipis luar FeAl3 dan lapisan tebal dalam Fe2Al5. Keputusan daripada ujian mikrokekerasan Vickers menunjukkan bahawa nilai kekerasan lapisan aluminida meningkat dengan peningkatan suhu leburan Al manakala lapisan Al tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara.

Item Type:Article
Keywords:Aluminida; Celupan panas; Kekerasan; Keluli karbon
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12130
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Sep 2018 07:57
Last Modified:28 Sep 2018 22:32

Repository Staff Only: item control page