Penggunaan strategi pembelajaran koperatif untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar

Azieyana Aziz, and Christina Andin, (2018) Penggunaan strategi pembelajaran koperatif untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1). pp. 1-9. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
340kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1089

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan strategi pembelajaran koperatif bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar. Kajian dijalankan menggunakan kaedah eksperimen pengagihan rawak di tiga buah sekolah menengah di daerah Keningau dan melibatkan seramai 62 orang pelajar tingkatan lima yang mengambil subjek Ekonomi. Di setiap sekolah, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan kawalan yang diajar menggunakan strategi pembelajaran konvensional dan kumpulan rawatan yang diajar menggunakan strategi pembelajaran koperatif selama sembilan minggu. Markah kumpulan pelajar kemudian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows Version 17.0 (SPSS). Perisian SPSS digunakan untuk mendapatkan min keseluruhan markah kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian pra pasca, nilai ujian-t, signifikan serta min persepsi pelajar mengenai keberkesanan strategi pembelajaran koperatif. Hasil daripada analisis data yang dilakukan terhadap ujian pra-pasca kumpulan rawatan dan kawalan mendapati terdapat peningkatan tahap KBAT pelajar dalam kumpulan rawatan dengan jumlah min markah 59.26 berbanding dengan kumpulan kawalan dengan jumlah min markah 50.45. Keadaan ini menunjukkan penggunaan strategi pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan KBAT pelajar. Proses interaksi yang berlaku melalui pembelajaran koperatif membantu meningkatkan keupayaan pelajar menganalisis, memberikan idea baharu serta membuat hubung kait. Kajian ini memberi implikasi penting untuk mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan KBAT pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Keberkesanan; Kemahiran berfikir aras tinggi; Pembelajaran konvensional; Pembelajaran koperatif; Strategi; Subjek Ekonomi
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:12141
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Sep 2018 07:18
Last Modified:29 Sep 2018 00:49

Repository Staff Only: item control page