Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam program sekolah dalam hospital

Norhidani Buyong, and Norasmah Othman, (2018) Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam program sekolah dalam hospital. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1). pp. 11-16. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
317kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1089

Abstract

Perkhidmatan pendidikan di hospital telah diamalkan di Malaysia melalui penubuhan program Sekolah Dalam Hospital (SDH). Objektif program adalah menyediakan perkhidmatan pendidikan tanpa batasan tempat dan keadaan, menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam persekitaran kondusif bagi murid yang sedang menjalani rawatan di hospital. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam program SDH. Kajian dijalankan secara kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Proses persampelan rawak berkelompok dan rawak mengikut kadar telah digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang guru SDH Malaysia. Pengumpulan data adalah melalui soal selidik. Hasil dapatan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan PdP program SDH secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Analisis statistik inferensi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru dan pelaksanaan PdP. Hal ini memberi kesimpulan bahawa guru SDH melaksanakan PdP di SDH dengan baik. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan supaya guru SDH dapat meneruskan pendekatan PdP yang berkesan dalam program SDH.

Item Type:Article
Keywords:Pelaksanaan; Pengajaran dan pembelajaran; SDH
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:12142
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Sep 2018 07:45
Last Modified:29 Sep 2018 00:50

Repository Staff Only: item control page