Tahap pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan dan hubungannya dengan pengalaman mengajar serta kekerapan menghadiri latihan guru sekolah rendah berprestasi tinggi di Putrajaya

Mohd Izham Mohd Hamzah, and Mazlan Sirat, (2018) Tahap pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan dan hubungannya dengan pengalaman mengajar serta kekerapan menghadiri latihan guru sekolah rendah berprestasi tinggi di Putrajaya. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1). pp. 17-23. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
338kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1089

Abstract

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) merupakan salah satu aktiviti penting yang perlu dilakukan dalam organisasi sekolah. Faktor pengalaman memainkan peranan penting di dalam pengendalian dan pengurusan LDP. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap pelaksanaan LDP guru di sekolah rendah berprestasi tinggi di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan tahap pelaksanaan latihan dan mengenal pasti perbezaan pelaksanaan LDP berdasarkan demografi iaitu pengalaman mengajar dan kekerapan menghadiri latihan. Reka bentuk kajian ini ialah satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengumpul data dari responden. Populasi kajian adalah seramai 264 orang guru dari tiga buah sekolah rendah berstatus “Sekolah Berprestasi Tinggi” di WP. Putrajaya di mana sampel kajian ini adalah seramai 160 orang guru. Data kajian dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan nilai min, frekuensi dan peratus dan statistik inferensi yang melibatkan ujian ANOVA sehala yang menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 22. Hasil kajian mendapati keseluruhan nilai min adalah berada pada tahap tinggi, iaitu pelaksanaan LDP (min=4.13). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pengalaman mengajar dan kekerapan menghadiri latihan terhadap pelaksanaan LDP. Implikasi kajian ini adalah dari segi perlunya dijalankan terlebih dahulu analisis keperluan latihan terhadap guru-guru sebelum sesuatu LDP dijalankan ke atas mereka bagi memastikan latihan tersebut berkesan dalam meningkat prestasi guru-guru.Kesimpulannya, pelaksanaan LDP yang berkesan perlu mengikut keperluan guru dengan mengambil kira pengalaman mengajar guru dan kekerapan menghadiri latihan.

Item Type:Article
Keywords:Implementasi; Latihan Dalam Perkhidmatan; Sekolah Berprestasi Tinggi
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:12143
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Sep 2018 07:50
Last Modified:25 Sep 2018 07:50

Repository Staff Only: item control page