Norshidah Mohamad Salleh, and Manisah Mohd Ali, and Khalim Zainal, (2018) Kemahiran tingkah laku sosial peringkat asas dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan penglihatan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1). pp. 41-49. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
375kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1089
Abstract
Ketiadaan maklumat visual menyebabkan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan mempelajari tingkah laku sosial menerusi deria yang lain. Maklumat audio, bau, rasa dan sentuhan yang diterima adalah sangat terbatas berbanding maklumat visual yang diterima oleh kanak-kanak tipikal. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran sosial peringkat asas dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan penglihatan (MBPKKP). Tiga aspek kemahiran sosial peringkat asas yang dinilai ialah kemahiran bahasa badan, kemahiran komunikasi dan kemahiran bekerjasama. Kajian ini merupakan kajian deskriptif secara keratan rentas mengikut kumpulan umur sampel kajian. Pengumpulan data menggunakan borang soal selidik. Pemilihan sampel kajian untuk murid MBPKKP (n = 167) adalah secara pensampelan bertujuan dan murid tipikal (n=315) adalah secara rawak sitematik. Kajian dijalankan di enam buah sekolah yang menawarkan program pendidikan khas untuk MBPKKP di dua buah negeri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran tingkah laku sosial murid adalah bertambah dengan pertambahan usia bagi kedua-dua kumpulan MBPKKP dan murid tipikal. Namun terdapat perbezaan corak penguasaan kemahiran tingkah laku sosial antara MBPKKP dengan murid tipikal. MBPKKP menunjukkan tahap penguasaan yang paling rendah bagi kemahiran bahasa badan (min = 3.36) berbanding kemahiran komunikasi (min = 3.64) dan kemahiran bekerjasama (min = 3.66). Sementara murid tipikal menunjukkan penguasaan yang paling tinggi bagi kemahiran bahasa badan (min = 4.5). Walaupun kemahiran bahasa badan seperti tenungan mata dan ekspresi muka mudah dipelajari secara tidak sengaja melalui pemerhatian di dalam persekitaran, namun kemahiran tersebut sukar dikuasai oleh MBPKKP kerana ketidakupayaan untuk melihat dan meniru tingkah laku tersebut. Hasil kajian memberi implikasi terhadap keperluan latihan dan intervensi untuk meningkatkan kemahiran tingkah laku sosial MBPKKP.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan penglihatan; Murid tipikal; Kemahiran tingkah laku sosial; Maklumat visual |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 12146 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Sep 2018 08:08 |
Last Modified: | 29 Sep 2018 00:52 |
Repository Staff Only: item control page