Pengalaman pengajaran guru novis Pendidikan Islam: implikasi terhadap reka bentuk kurikulum latihan pendidikan guru

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, and Fatimah Sahida Abdurajak, (2018) Pengalaman pengajaran guru novis Pendidikan Islam: implikasi terhadap reka bentuk kurikulum latihan pendidikan guru. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (1). pp. 59-66. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
318kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1089

Abstract

Program latihan pendidikan guru di institusi pengajian tinggi menyediakan asas yang baik untuk menyediakan guru pelatih untuk kompeten dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, kajian literatur mendedahkan bahawa sesetengah guru-guru novis bergelut untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan berkesan sebagai pendidik baru, kerana mereka menghadapi masalah dan cabaran dalam menterjemahkan pengetahuan berasaskan teori pedagogi mereka ke dalam amalan pengajaran sebenar. Selain itu, menjadi graduan baharu dan pendidik baharu, mereka diharapkan dilengkapi dengan kemahiran pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21. Oleh itu, kajian ini memberi tumpuan kepada pengalaman pengajaran guru novis Pendidikan Islam, seperti kompetensi pedagogi, tahap profesionalisme dan bimbingan daripada rakan sekerja. Sepuluh guru novis Pendidikan Islam dari empat negeri di Malaysia dipilih dengan menggunakan pensampelan bertujuan. Sebagai sumber pengumpulan data, temu bual individu separa berstruktur menggunakan reka bentuk kualitatif telah digunakan. Hasil kajian ini telah mendapati bahawa guru novis Pendidikan Islam mempunyai isu dan cabaran dalam tempoh 5 tahun awal perkhidmatan, iaitu tekanan akibat berjauhan daripada keluarga, pengurusan tingkah laku pelajar dan tekanan bebanan kerja. Kajian ini memberi implikasi bahawa latihan pendidikan guru Pendidikan Islam perlu menambahbaik reka bentuk kurikulum bagi menghasilkan guru yang memiliki kefahaman dan kemahiran kontemporari.

Item Type:Article
Keywords:Guru novis pendidikan Islam; Reka bentuk kurikulum; Latihan pendidikan guru
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:12148
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Sep 2018 00:02
Last Modified:29 Sep 2018 00:50

Repository Staff Only: item control page