Penyahbauan fukoidan dan kesannya terhadap ciri fizikokimia dan aktiviti antipengoksidaan

Tan, Chia Sin and Sharifah Habibah Syed Khalafu, and Wan Aida Wan Mustapha, and Mohamad Yusof Maskat, and Lim, Seng Joe (2018) Penyahbauan fukoidan dan kesannya terhadap ciri fizikokimia dan aktiviti antipengoksidaan. Sains Malaysiana, 47 (7). pp. 1501-1510. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
800kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num7_2...

Abstract

Fukoidan adalah sejenis polisakarida bioaktif yang terdiri daripada fukosa, sulfat dan asid uronik. Fukoidan mempunyai bau hanyir menyebabkan aplikasi dalam produk makanan menjadi sukar. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menyahbau hanyir fukoidan yang diekstrak daripada Sargassum sp. (Fsar) dan mengkaji kesan penyahbauan terhadap ciri-ciri fizikokimia dan aktiviti antipengoksidannya. Fsar dinyahbau dengan menggunakan butiran karbon teraktif (Fkar), kaedah pengewapan haba (Fwap) dan gabungan kedua-dua kaedah tersebut (Fkw). Keberkesanan penyahbauan dikenal pasti melalui penilaian sensori (ujian deskriptif kuantitatif) bagi menilai persepsi bau fukoidan yang telah dinyahbau. Ciri fizikokimia iaitu ketulenan, warna dan nilai pH, manakala aktiviti antipengoksidaan ditentukan melalui ujian pemerangkapan radikal bebas (DPPH), aktiviti pemerangkapan superoksida anion (SOA) dan pemerangkapan radikal hidroksil (•OH). Kaedah penyahbauan Fkar menunjukkan nilai keamatan bau hanyir yang paling rendah dan tahap penerimaan keseluruhan yang paling tinggi. Ketulenan Fkar tidak berbeza secara bererti (p>0.05) berbanding Fsar, manakala ketulenan Fwap dan Fkw menurun secara signifikan berbanding Fsar. Keempat-empat sampel fukoidan (Fsar, Fkar, Fwap, Fkw) menunjukkan warna dan nilai pH berbeza secara signifikan (p<0.05). Sebaliknya, tiada kesan yang signifikan (p>0.05) terhadap kesan antipengoksidaan oleh kempat-empat sampel fukoidan selepas penyahbauan (Fsar, Fkar, Fwap, Fkw). Pada keseluruhannya, kaedah penyahbauan menggunakan karbon teraktif (Fkar) didapati berpotensi kerana keberkesanan dan tidak menyebabkan perubahan signifikan pada ketulenan dan aktiviti antipengoksidaan fukoidan.

Item Type:Article
Keywords:Antipengoksidaan; Fizikokimia; Fukoidan; Penyahbauan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12167
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2018 04:44
Last Modified:09 Oct 2018 20:55

Repository Staff Only: item control page